Friday, March 18, 2011

Kurus itu cantik...ye ke?

Assalamualaikum. Selamat malam semua. Ada lagi ke blogger yang tak tidur nie? Aku sekarang nie tengah fikir macamana cara nak turunkan berat badan macam zaman sebelum kahwin dulu. Ye, berat badan sangat ideal dengan ketinggian yang tak berapa nak tinggi nie. Since kahwin dan dah beranak pinak, tumbesaran dan perkembangan memang menjadi-jadi. Dulu ternak lemak satu kebun sekarang dah jadi ladang.


Aku suka tengok perempuan yang kurus, tapi tak lah kurus sangat. Aku ingat lagi, satu masa dulu aku memang kurus giler sampaikan arwah atuk dengan nenek aku cakap aku nie kurang zat. Dan yang hawau, kawan baik aku cakap kalau aku jalan tepi pantai memang melayanglah! Sangat kurang asam kan?


Tapi satu hakikat yang aku tak boleh nak sangkal lagi, kalau kita duduk rumah, surirumah biasanya ramai yang chubby-chubby. Walaupun tak semua tapi aku tergolong dalam golongan itu. Beza dengan masa kerja, dulu aku kerja memang takde masa nak fikir pasal makan, sibuk sana sini, tak duduk diam. Jalan sana, jalan sini. Balik kerja malam, makan lebih kurang dummm tidur. Sekarang, tak banyak sangat aktiviti. Setakat kerja rumah, main dengan anak, masak, makan. Tak banyak pergerakan sangat dan tak banyak kalori yang burn.


Serius, tak comel bila gemuk. Tak comel bila obes. Pakai apa pun tak kene, tetap menampakkan satu permandangan yang tak indah. Bukan niat untuk menunjuk tapi keselesaan terbatas. Kurus bukan untuk cantik, tapi untuk tambah keyakinan diri, untuk diri rasa selesa. Bukan minta untuk di puji body cun walau dah anak satu, bukan untuk di agung-agungkan badan macam anak dara tapi pemangkin semangat. Aku nak kesihatan yang sihat, bukan badan yang 'sihat'.


p/s : orang gemuk nie, macam-macam yang susah. nak beranak satu lagi, kene kuruskan badan. baru hormon stabil. Bukan aku kata tapi doktor yang kata

4 comments:

CoKeLaT-RaWkZ said...

Setuju dengan awak 200 peratus. Kerana perenggan terakhir tu sangat2 menjurus ke arah saya.

Finaz Jaafar said...

uwaaaa....nak kurusssss!!!!

Jiha said...

Adehhh..mommyjue nih mcm2 tau2 jer apa yg sy pikir..sama jer kita..badan pon tgh naik nih..pueh dah pikir cara nk bg turun..huhuhu..sangat tidsk suka...

...mommy jue... said...

cokelat-rawkz : u gojes okeyh!
finaz : jangan nangis,jangan nangis..pasnie kita kurus sama2
jiha : ye le, dah beranak nie serba serbi mengembang.. fobia sungguh nak timbang berat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...