Wednesday, March 9, 2011

Kucing gaduh petanda tak ada jodoh...

Assalamualaikum.. Selamat tengahari! Huh, baru online mak cik nie.. Bangun lewat. Subuh baru tidur.. Camne? Kepala sakit sangat.. Ngee.. Tak sesuai kan? Hehehehe.. Owh, hari nie nak share satu story yang dah lama aku simpan, memang kisah sadis yang aku tak boleh lupa lah... Dulu, aku pernah la keluar dinner dengan sorang jejaka mamat nie. Orangnya biasa-biasa je. Aku kenal pun sebab dia selalu datang office. Time tengah single and available, ramailah yang jadi agen pencari jodoh untuk aku. Ops, aku nie jenis susah nak keluar dengan mana-mana lelaki melainkan aku rasa selesa. Atas persetujuan mama, aku keluar dinner malam tu.


Kira 1st time jumpa secara formal. Kononnya nak kenal hati budi katanya. Aku? Mak takde feeling okeyh! Baru kenal kot. Tak ada KIMIA lagi.. huhuhu.. Sembang isu biasa, sembang pasal kerja dia, kerja aku, kereta dia dan aku mendengar je. Tengah syok makan, tengah sembang-sembang, ada lah pulak makhluk Allah yang berbulu comel (kucing lahh) tengah bergaduh betul-betul tepi meja kitorang.


Seyes, aku takut kalau kucing gaduh nie. Hilang pertimbangan kang, aku kene cakar.. Masa tu aku kurus, kaki meja dengan kaki aku pun lebih kurang sama jek. Korang tau apa jadi? Aku ingat dialog nie sampai mati k!


dia : eh, kucing gaduh.. bahaya nie!
aku : silap-silap kene cakar... pindah meja lah..
dia : nie petanda tak baik...masa otw datang tadi, i langgar kucing, sekarang kucing gaduh pula. I rasa kita tak ada jodoh...
aku : ha?? (tergamam babe....)


gambar hiasan

Seyes aku tak pernah dengar kalau tengok kucing gaduh, petanda takde jodoh. Mungkin pada dia macam tu kot.. Asal nampak kucing gaduh je, tak menjadi... Macam aku, asal nampak biawak, putus cinta.. boleh? Aku kawan 2 3 bulan je dengan dia.. KAWAN ok. Takde feeling-feeling pun. Dia? Angau kot.. Aku tak suruh pun....


p/s : Jodoh pertemuan di tangan Allah swt, tak ada kaitan dengan apa-apa pun. Apa yang dah DIA ciptakan untuk kita, itulah yang terbaik buat kita......


p/s/s : aku rasa dia tak baca kot blog aku nieh.. lost contact dah pun.... hehehe

2 comments:

aNis sHazLiN said...

aik? xpernah dgr la plak cmtu kan? hahaha... btul tu..papepn jodoh pertemuan..ajal maut sume di tgn Tuhan... C=

hisham said...

itu petua orang2 tua... ada betulnya bg mereka yg berilmu... warisan melayu banyak rahsianya bg yg kenal..

persoalan mudah

siapakah yg menggerakkan hati2 manusia @ benda yg melata dimuka bumi ini?... lihat lah kiri dan kanan kita, ada petanda bg mereka yg mengetahui (ilmu)...


biawak x sesuka hati nak melintas dan diapun x memilih org, kalau itu bukan utk kita sebenarnya...

kucing melintas tapi separuh jalan lalu patah balik itupun lebih kurang mcm biawak melintas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...