Saturday, March 12, 2011

Kesan epidural pada aku...

Assalamualaikum.. Baru boleh nak berblog lepas telan ubat tahan sakit. Malam tadi tak dapat tidur lena, menanggung sakit yang teramat. Duduk sakit, baring apatah lagi. Jalan pun dah macam nenek kebayan. Okeyh, aku terus terang.. Sakit kat pelviks, bahasa orang kampung, tulang tongkeng. Yang mana tak tau, pandai-pandai lah korang google... Serius, time duduk memang sakit sangat. Baring pun sama. Malam tadi menangis-nangis sebab terlampau sakit. Oleh sebab kasih dan kasihankan isteri nya yang banyak songeh nie, hari nie my husband terpaksa ambil EL semata nak tengokkan anak-anak. 


sumber : google

Tahu gambar apa nie? ye, nie suntik epidural. Ok, aku kene suntik masa nak bersalin. Operate, gila kalau tak suntik. Bukan aku minta tapi prosedur. Aku pasrah je apa orang nak buat kat aku masa tu. Separuh sedar, aku tau apa yang berlaku cuma tak nampak. Serius, memang korang takkan rasa sakit bersalin. Tak payah risau korang rabak ke hape tang celah bedah tu. Dan ye, korang tak payah meneran semalaman, tak payah nak berpeluh bertarung nyawa. Serah diri, kene suntik epidural, bagi diorang buat kerja dan siap!! Korang dengar lah anak korang nangis. Setengah jam je, jimat masa jimat tenaga!!

Itu kalau korang rasa nak operationlah masa bersalin. Macam kes aku, kes kecemasan. 

Dan kesannya? Anak dah setahun, sakit tang tulang belakang masih ada. Nak buat kerja berat, angkat benda berat, cubalah. Jap lagi merasa lah korang sakitnya. Ye, walaupun dah setahun, luka operate hak belah dalam tu tak baik lagi. Jaga-jagalah..

Ok, masa kat klinik tadi, aku bagitau doktor, tulang tongkeng aku sakit sangat. Susah nak duduk dan baring (hah, jangan gelak). Doktor tanya, bersalin normal atau operate? Ada ambil epidural atau tak. Ye, aku memang kene suntik epidural! 

Sakit tulang belakang, sakit tulang tongkeng memang satu lumrah untuk mereka-mereka yang ambil epidural nie. Setahun lebih pun belum tentu baik. Aku bernasib baik sebab tak teruk sangat. Katanya lah! Pada aku dah separuh azab menahan sakit. Ada lagi teruk dari nie.

So, nasihat aku. Kalau boleh bersalin normal, cuba bersalin normal. Jangan nak operate kecuali kecemasan. Dan jangan ambil epidural even korang bersalin normal. Sakit nanti korang tanggunglah!


ubat tahan sakit dan ubat sendi! dua ubat yang terpaksa aku telan buat masa nie.
ergghhh, aku memang tak suka makan ubat okeyh!!!








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...