Saturday, March 26, 2011

Kerabu mangga...menu wajib

Assalamualaikum. Malam tadi husband sangat baik hati, ajak makan luar. Makan ramai-ramai sekali dengan family ayien. Aku nie jarang makan luar, kalau makan luar pun pergi fast food je. Kadang-kadang tak tau nak order apa. Malam tadi pekena masakan panas. Masakan Thai. Huish, aku nie kan orang pantai timur, kuantan mari. Memang kene lah dengan selera.


Menu wajib ada setiap kali aku makan kat luar (bergantung pada kedai) ialah kerabu mangga. Biarpun makanan lain tak sedap, asal kerabu mangga nya sedap. Memang kedai tu lah akan jadi tumpuan aku. Ye, aku tak peduli dah menu lain. Boleh mengadap kerabu mangga tu sorang-sorang diri, tak pandang kiri kanan dah..


Hah, aku nie tak kira mengandung ke tak, memang mengidam kerabu mangga memanjang. Dah jumpa port best, memang ke situ je  lah aku nanti......




p/s : terubat rindu kat kuantan... 

1 comment:

mama tims said...

lagi sedap klu ada gamba kerabu mangga tu...mana gambar?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...