Thursday, March 24, 2011

Kenapa perlu basuh telur?

Assalamualaikum. Aku teringat satu perbualan antara aku dengan arwah nenek. Masa tu kat dapur. Note : aku panggil nenek aku dengan panggilan mak.


Aku : Mak, kenapa mak basuh telur ayam tu?
Nenek : Kita kene la basuh, kan ayam bertelur ikut bontot. Tahi-tahi melekat kat telur. Kebersihan makanan kene jaga jugak
Aku : Habis tu, kenapa tak basuh je bontot ayam tu? Kan dia berak...
Nenek : Hah, kalau rajin sangat, pegi lah tangkap ayam pastu basuh bontot ayam tu..
Aku : Alongkan takut ayam.....


Aku tau nenek aku malas nak cakap, nak jelaskan panjang lebar. Sebab aku nie jenis tak berhenti bertanya. Mulut mak nam.. Sejak dari tu, memang aku amalkan basuh telur sebelum masak. Tak kisah la berapa kali pun. Sental selagi boleh. Baik telur, baik bawang, segala bagai. 
gambar hiasan


Islam amat menitik beratkan kebersihan terutamanya dari aspek pemakanan. Kita nak bagi orang makan, takkan la kita nak bagi benda yang kotor kan? Sedangkan ikan pun kita basuh bersih, sayur pun kita basuh bersih, inikan pula telur ayam yang bernajis tu. Bayangkan, kalau masih ada sisa-sisa tahi ayam pada telur tu, kebetulan masa korang goreng ke pecahkan telur tu, sisa-sisa najis jatuh sama? Hah, sanggup korang makan tak? Mungkin korang tak perasan.


Oleh itu, lepas nie kalau pergi mana-mana kedai makan, nak order lauk yang ada telur, sila berhati-hati. Pastikan telur di basuh. Teringat satu kes, pihak JAKIM buat serbuan ke atas premis perniagaan makanan, pihak JAKIM siap tanya, telur tu basuh ke tidak. Bukan senang nak bagi sijil halal kalau tak memenuhi kriteria.


Ada juga yang berpendapat, telur yang di beli jangan basuh dulu, nak guna baru basuh bagi mengekalkan nutrien dalam telur tu. Macam aku pula jenis dah beli, basuh siap-siap then masukkan terus dalam peti. Nak guna nanti, basuh lagi sekali. Memang banyak guna air lah...


p/s : sebab tu la bil air rumah aku tinggi...  ops, tak kisah apa jenis telur, dan asal nama telur, sila lah basuh... ok?



3 comments:

Fitri Senin said...

ye..ye..saya pun suka bsh telur sebelum masak..tapi apakah makan kat kedai kena pesan dia basuh telur dulu..???mungkin tidak..tp sy hati@ kalo nk bg masak kedai yg ada telur@ tu kt raif..kita makan xpe...anak makan..cuba elak

mykhalis said...

kene hati2..betul tue..bayangkan telur ada taik ayam setempekk..hahaha.. kalau tak basuh?arghhh..nice share..

hottest entry di blog khalis :
Pasar cari isteri yang wujud

videi rakaman yang tersebar

khalis hari2 basuh telor..itupun sbb orang rumah nak guna wat masak..

Fairus Bin Mamat said...

MEMANG BETUL.. TELUR KENA BASUH DULU SEBELUM DIMASAK.. KERANA PADA TELUR KADANG2 MASIH ADA KESAN NAJIS AYAM. NAJIS AYAM ADALAH NAJIS DAN PERLU DIBERSIHKAN.. SEKIAN, TERIMA KASIH. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...