Tuesday, March 15, 2011

Kenal pasti botol BPA dan panduan penggunaan

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya 
mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui 
kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti 
berikut:


a. Nombor 7 
b. Nombor 7 dan PC 
c. Nombor 7 dan ‘other’ 

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan 
‘BPA free’ atau bebas BPA. 


b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat


1)Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian 
yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar 
sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu 
bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 
minit.5


2)Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi 
polikarbonat untuk membancuh susu
.
3)Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai  seperti span dan 
berus yang lembut  bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi 
rosak dan bercalar.


4)Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya 
terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya 
tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.


Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan 
penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang 
bebas BPA  mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai 
alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene
(PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain. 




sumber: kementerian kesihatan

1 comment:

mariah_smile said...

tq buat entry ini.. amat2 berguna :>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...