Saturday, March 19, 2011

Kek coklat tanpa tepung.... tak tipu

Assalamualaikum. Bila 1st time korang baking cake? Menjadi tak? Seingat aku, 1st time buat kek masa sekolah menengah. Kek coklat okeyh! Memang berkecah dapur, toksah cakap lah. Dengan berbekalkan satu salinan resepi, gigih buat kek coklat. Hati-hati ikut sukatan. Orang tak mahir lagi, 10 kali tengok resepi. Nak sukat tepung pun teragak-agak. Semua bahan dah bawa masuk, kacau adunan dengan penuh bangga. Tak sabar nak tengok hasil. Semangat tu! Tapi yang peliknya, kenapa adunan cair sangat? Di sebabkan aku nie buta baking, ikutkan jelah. Belasah je masuk dalam microwave. Dengan confident mama set kan suhu segala bagai. Dah 10 minit, adunan dalam microwave, aku terpandang atas meja.......... TEPUNG DALAM MANGKUK!!!! YA ALLAH, PADANLAH ADUNAN TADI CAIR SANGAT, AKU TAK LETAK TEPUNG!!! Cepat-cepat bawa keluar adunan dari microwave, terus aku buang.... Naik bilik, nangis.. budus tak? hehehe
gambar hiasan

p/s : mana ada orang terus berjaya? mesti ada kegagalan dulu baru ada kejayaan. Rajin usaha, hasilnya mesti puas hati. Sekarang, dah ok dah.. Tak ada masalah nak buat kek coklat. Tak lupa tepung lagi!!







2 comments:

Mama Kyra said...

agak2 kn..klu kek tu siap cmne rupanya..hehe..

(One) SiTi* said...

alohla kak, ruginya buang tepung macam tu je....huhuuu

xpe, yang penting, semangat nak memasak tu ada..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...