Wednesday, March 9, 2011

Kalau ikutkan hati.....

gambar hiasan
**kalau ikutkan hati, semua ikan aku nak makan tapi mana nak cari?**

Kalau ikutkan hati, nak belajar menjahit. Nak pandai jahit semua jenis baju, cadar, langsir, macam-macam lah....


Kalau ikutkan hati, nak belajar buat kek, deco cake, cup cakes, segala jenis kek lah....


Kalau ikutkan hati, nak pandai buat coklat, macam-macam jenis coklat....


Kalau ikutkan hati, nak pandai masak, asal petik je semua boleh buat.. semua menjadi....


Kalau ikutkan nak sambung belajar, sampai dapat Phd tapi apakan daya....


Tapi tulah, kalau ikutkan hati, mati.. Ikutkan rasa, binasa....


Nak belajar sekarang, anak kecik lagi. Ekonomi membataskan. Satu kelas bukan sikit-sikit, mahai wehhh... Anak direct breastfeed, nak tinggal lama-lama kesian pula dia. Hmm, simpan dulu lah hasrat di hati.. Takkan lari gunung di kejar. Pelan-pelan kayuh, lama-lama sampai lah... Mana boleh tamak kan? Semua benda nak dalam satu masa......







3 comments:

fadhdeela said...

kalo dah berjaya jd tukang jahit gtau erkk..ada baju nak tempahh hihi

Meh singgah: Anda Stress!! Meh Baca nie!!

k1m1_KaeMoS said...

klu ikutkan ati, sy mau kucing dlm gambar ituuuu...
apakan daya sy dok umah flat, sgt2 tak sesuai tuk bela pet & mengganggu fitrah si manja tu.
lenkali je la ya!

KatekateKite said...

takpe, buat satu per satu dulu..... =)
----------------------------------
Meh Baca Sini! ---> Terima Kasih Tau Korang Sumer! ^,^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...