Friday, March 4, 2011

Jangan membazir air mata kerana lelaki....

gambar hiasan


Assalamualaikum.. Korang pernah putus cinta? Pernah kan? Putus tunang? tak semua pernah rasa.. Bercerai? Mungkin ada. Nauzubillah. Kalau boleh minta jauh isu-isu perceraian nie. Aku pernah putus cinta dan aku pernah putus tunang. Serius, putus tunang memang perit. Dengan malu yang terpaksa aku tanggung, bukan aku je yang malu, family pun malu. Down? Sangat-sangat down. Mana ada orang lompat-lompat happy lepas putus tunang wehh.. Mula-mula tu memang macam orang mati laki, tak boleh nak tumpukan perhatian pada kerja, badan mula susut, makan tak lalu, mandi tak basah. Sedih sangat-sangat. Dan tekad, tutup pintu hati untuk mana-mana lelaki. Kecewa. Ambil masa nak pulihkan keadaan.. Kononnya.


Terus terang aku cakap, bila dapat tau yang DIA bahagia dengan insan baru, aku rasa macam totally shit! Membazir air mata je menangis, merayu segala bagai. Buang masa aku je, meratap kecewa. Sungguh!! Aku dok sedih-sedih, dia pula happy dengan kekasih baru. Ok, apa yang aku nak kata kat sini, kadang-kadang kita tak sedar yang Allah sedang uji kita. Allah nak uji kekuatan kita, kesabaran dan redha kita dalam menghadapi sesuatu musibah. Mungkin kita tak sedar yang kita sedang diuji. Dan percayalah, semua tu pengalaman hidup untuk kita jadi manusia yang lebih matang dan boleh berfikir dengan lebih-lebih dan lebih matang. Fikir panjang untuk buat apa-apa keputusan.


Allah sayangkan kita. Allah sayangkan hambaNya. Allah takkan turunkan ujian di luar kemampuan kita. Percayalah. Kini aku sedar dan bersyukur atas apa ujian yang Allah turunkan. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Segalanya dah tertulis di lohmahfuz. Belajar untuk menjadi insan yang lebih kuat semangat. Jadi insan yang tabah menghadapi ujian. Jangan cepat putus asa. Jangan cepat tunding jari pada orang lain. Muhasabah diri. Mungkin ada silap kita juga kat situ.


p/s : time camnie lah nak pasang badan, kasi cun, gojes-gojes then cari bf hemsem.. (dah kawin jangan buat k!!!) kasi ex lama jeles.. apa dia fikir dia tu hemsem ke?

7 comments:

Cik Aish said...

dulu saya pernah putus cinta then try bunuh diri..seyesly..air mata toksah ckp la..berbaldi rasanya..tp skng bila pk balik rasa sgt bodoh. mmg putus cinta tu perit..tp kdg2 tuhan nak uji kita.mcm awk cakp. kdg2 tuhan nak beri kita yg lg baik..kalau nak menangis..kita menangis ketika sembahyang..:)

Cik Eliza said...

hah ! betul-betul !

tak suka lelaki penipuuuuuu !!!

haha !

anggap je lah semua nie ujian dari Allah,

huhu

http://www.youtube.com/watch?v=ysS6QiqRir8&feature=related

...mommy jue... said...

cik Aish : jangan dik oi, jangan buat lagi.. nanti masuk metro yannngg.... hehe.. gud2.. mesti skrang nie awk jadi wanita yang kuat semangat... alah, patah tumbuh hilang berganti.. gojes2 k =)

cik eliza : mak cik pun tak suka lelaki penipu nakkk...

aNis sHazLiN said...

betol! jgn ngis psl laki! x berbaloi lngsung! kte jew yg skit ati skit sumenye nnti!

lini hasnan said...

wah.tens mommy. macam tepat je entri mommy skg ngn as. :)
btw, kdg3 as rasa menangis tu buat kita jadi kuat.

SPEK HITAM said...

insyaallah :)

fasha said...

setuju ! tapi saya penah nangis sebab laki :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...