Wednesday, March 23, 2011

Jangan abaikan perasaan anak

Assalamualaikum. Pada pengalaman korang, pernah tak korang luangkan masa dengan anak, duduk berdua dengan anak, tanya masalah, kongsi masalah dan berbual dengan anak? Tak kisahlah berapa pun umur anak korang (yang pasti dah pandai bercakaplah!)


Biasanya kita selalu fikir apa yang kita buat nie betul. Dan tak nak dengar pendapat anak-anak.  Kalau anak ramai, mesti akan ada 'anak emas intan payung'. Kalau si anak tu pandai belajar, manja dan pandai ambil hati, itu satu bonus. Dan sedarkah, antara ramai-ramai tu ada sorang yang menjauhkan diri dari kita? 


Peringatan juga untuk aku, luangkan masa dengan anak tu penting. Duduk berdua, bincang dan masa tu kita akan sedar dan mungkin tersentak dengan apa yang bakal lahir dari hati tulus seorang anak. Semalam aku tengok rancangan Star Junior Show, ada luahan seorang budak perempuan berumur 7 tahun kepada ayahnya.. 


"ayah, saya tak ada hadiah Krismas untuk ayah macam kakak dah adik sediakan, saya hanya mampu menulis surat untuk ayah. Ayah, saya tak tahu kenapa ayah nak saya duduk di sini macam orang bodoh. Saya tak macam kakak yang pandai dan adik yang comel. Semua orang suka mereka tapi bukan saya. Ayah, saya tidak ada apa-apa kelebihan untuk di banggakan tapi saya akan cuba sedaya upaya saya untuk buat ayah bangga pada saya...."


Please take note, nie rancangan korea. Aku dah tengok 3 kali rancangan nie, so gitulah lebih kurang ayat budak tu. Surat tu tak dapat di baca habis sebab budak tu menangis. Si ayah? turut menangis sama. 


Kesimpulannya, bahagi kasih sayang seadil-adilnya pada anak-anak. Tak kisahlah kalau anak tu ada kekurangan sekalipun. Luangkan masa untuk dalami hati anak-anak. Jangan buat mereka rasa tersisih. Sesibuk mana pun kita, perasaan anak tetap di utamakan. 




p/s : peringatan untuk aku jugak!!!

1 comment:

Ben w7 said...

btol 2...
jgn plih kasih yea mommy ble dh ade chyamata yg rmai nnt..
ksian plak ble t'byang klau btol t'jd mcm 2....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...