Sunday, March 6, 2011

Jalan-jalan, makan-makan

Assalamualaikum. Penat. Baru balik jalan-jalan dengan anak dan suami. Pusing-pusing bandar Kajang je. Pergi ke Metro Point, saje cuci mata. Baru perasan, Restoran Lemon milik Uncle David Teo dah takde, berpindah katanya ke Petaling Jaya. Owh, tak dapat nak jumpa Lisa Surihani dengan Farid Kamil lepas nie. hehehe. Penat turun naik semua tingkat, perut memang tak berisi lagi sejak pagi, takde pilihan lain memang Kenny Rogers lah pilihan kami sejak dulu. Ye ke? 


pilihan aku yang buruk lantak..

si kecik yang makan apa je yang mommy suapkan
owh, hari nie dia ada menu sendiri, tak share dengan mommy
fruits salad, mash potatoes dan rice. banana muffin
ada masa cukai mommy punya makaroni dan ayam.
ye cik bam-bam?

Tidaklah dia habiskan semua. Ada la tukang cukainya. Tapi boleh di katakan banyak juga anak aku nie makan. Tengah nak membesar kan. Asal ada sayur, ada buah, ok lah dia. Aku nie kata je nak diet. Tapi sampai masa, hancuss.. Telan je apa ada depan mata. Camne tu?
Dah puas pusing-pusing Metro Point, pergi Metro Kajang pula. 1st time pergi situ. Ala-ala Kuantan Parade (orang kuantan mesti tau). Dalam banyak-banyak tempat aku pusing-pusing, Rest N Go juga yang aku singgah. Bayar RM5 untuk 15 minit. Hmm, takdelah best sangat. Lagi buat aku mengantuk mata lepas tu adalah..... Dalam kereta dah tersengguk-sengguk menahan mengantuk. Anak memang dah lena dari tadi dah. 


p/s : balik-balik, buka blog dulu. baru buat kerja lain.. bagus kan? hampeh sungguh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...