Tuesday, March 29, 2011

Isteri cerdik yang solehah

Assalamualaikum. Korang layan nasyid tak? Aku layan. Semua lagu aku layan. As long as lagu tu 'sedap' berkumandang dalam gegendang telinga nie, kira ok lah. Aku nak share satu lirik lagu nie. Khas untuk yang bergelar isteri dan bakal isteri.


Isteri Solehah 
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan



p/s : terasa diri ini sangat kerdil. Aku belum layak di gelar isteri solehah. InsyaAllah, aku berusaha ke arah itu... amin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...