Wednesday, March 30, 2011

Ibu yang tak ada susu cacat sebenarnya..... ada ke patut?

Assalamualaikum. Sebelum aku mula entry nie, aku nak minta maaf la kalau ada pihak yang terasa hati atau tersentap dengan aku terumata tuan empunya blog. Minta maaf sangat-sangat. Anggaplah ini satu teguran sesama insan. 


Aku ada terbaca satu blog, pengalaman pertama ibu menyusukan anak. Baru 4 bulan usia si anak. Ye, anak sulung! Aku kagum dengan kesungguhan dia bagi anak BF, even bekerja. Sanggup perah susu segala bagai. Cuma apa yang aku kesalkan bila ada unsur 'riak' di situ! Ada unsur 'penghinaan' di situ dengan mengatakan ibu yang tak ada susu itu cacat! 


Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan sendiri. Siapa kita nak menghukum dan menunding jari terhadap seseorang dan bagi gelaran sedemikian? Aku bertuah kerana sehingga saat ini, aku masih lagi dapat bagi anak susu badan. Aku bertuah sebab tak perlu keluar mencari nafkah. Aku bertuah sebab tak perlu perah susu untuk anak!



Nasihat aku pada adik tu, janganlah riak sangat. Terlampau bangga diri. Ramai lagi ibu yang bekerjaya kat luar sana, bagi anak BF. Satu lagi, rezeki nie di Allah tentukan. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Memang betul, susu ibu amat bagus dan terbaik. Tapi tak semua ibu 'bernasib baik' boleh BF anak sehingga usia 2 tahun. Dan tak ada salahnya bagi anak susu formula. Bukan haram pun! dan tak semua ibu ada susu badan, contohnya mak saya.. 4 orang adik beradik tapi semua minum susu formula. Susu mak terlampau sikit, beberapa hari je dah kering.


Sebagai ibu, semua nak yang terbaik untuk anak! Tak ada siapa nak tengok anak derita. Tiada siapa nak sekat rezeki anak.

Nak tahu lebih lanjut kisah ibu riak nie? sila ke Kami-Benci-RodzianaNana-Kerana-Menghina-Kaum-Ibu


p/s : tak kisah kalau nak berblog tapi jangan sampai menyentuh sensitiviti sesetengah pihak especially soal BF nie.  Entry-entry yang boleh mengundang kemarahan dan secara tidak langsung buat orang benci kita, seeloknya di elakkan.. 

3 comments:

Mummy Irish@honey said...

ishhh ishhh ishhh..xpatut!!! xpatut!!!! jgn igt ibu2 yg bgi FM ni sukaaaaaa2 nak bgi anak die FM, bgi SI lagi bgus la..jimat pun jimat, huhuhuhuhu

yatie chomeyl said...

wah dasyatnya..sampai ada hatepage kat FB. maybe she used the wrong words to express her opinion

LiErOSe~QiEmi said...

wahhh dia tulis ayat camtu?? ermnnn.. tu laa akibatnye menulis ikot perasaan tak fikir baik buruk.. dah tak pasal ada hatepage..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...