Thursday, March 31, 2011

Hutang mengidam dah langsai... tidur depan peti ais

Assalamualaikum.. ERRKKK, Alhamdulillah... Kenyang perut! Dekat pukul 2 pagi baru nak update blog? Memang teruklah kan? Hehe. Aku rasa malam nie macam akan berulang-alik ke tandas je. Hutang mengidam dah pun langsai. Bukan satu tapi dua sekaligus! 

Dinner tadi makan durian-bubur nasi-sushi-durian lagi! Gila kentang tak? Aku memang hantu durian. Aku sorang je boleh makan 2 biji. Kalau yang jenis isi tebal tu sebiji pun dah cukup lah. Malam nie memang harus aku tidur dalam kepanasan, tidur dalam bilik air!! Saje cari nahas..

Ok, aku tak boleh fikir panjang. Nak duduk depan peti sejuk. Bahang panas dah terasa. Sementara tunggu mesin basuh mendobi baju makcik, haruslah aku duduk depan peti sejuk, minum air banyak-banyak. Tak pun guling-guling atas lantai! 


p/s : memang suka buat benda yang menyusahkan diri sendiri nie...

1 comment:

Fitri Senin said...

minum air cap kaki tiga tu xjalan ke..??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...