Monday, March 21, 2011

Hot air balloons.. membosankan

Assalamualaikum.. Mengantuk sangat mata nie, tapi tahan dulu. Gagah nak buat entry nie. Bukan apa, kalau tidur sekarang, sah-sah, kul 2am dah terbangun macam semalam. Sudahnya lepas subuh baru dapat tidur semula. Siang tadi pun dapat tidur sekejap, si kecik nie mengacau. Ajak main. Kesian pula dia nak bermanja kan. Layan kan je lah.. Tambah-tambah hari hujan, memangla layan kalau tarik selimut dan buat tahi mata.. Tidur itu nikmat okeyh!! 


Petang tadi jalan-jalan Putrajaya, kononnya nak tengok hot air balloons lah kan. Cari parking satu hal, dengan orang ramai nya lagi, jalan basah, tanah berselut, memang lah tak syok. Dengan si kecik nie yang dah pandai mengamuk, dah pandai merajuk sambil pukul muka mommy. jawabnya memang tak lama lah aku kat situ. Dapatlah tengok belon naik. Hmm, nyesal pegi. Tak de apa yang menarik. 


Balik dari Putrajaya, singgah Tesco beli barang rumah. Malas nak ke pasar even dah dekat dengan Putrajaya. As usual, tak banyak lauk ada hari nie. Orang ramai dah borong siang tadi kot. Anak aku pulak kalau lama-lama dalam trolley Tesco tu, mulalah panas punggung, menangis lah, macam-macam hal. Bagi dia turun berjalan, lagi cari masalah. Semua benda dok capai. Sudahnya, sama ada kene dukung atau biarkan je dalam tu.


Penat, memang penat. Tak cukup tidurnya, dengan resdung yang tak boleh di bawa berunding nie lagi. Heavy giler kepala nie. 


p/s : bagus tak, dah tau nak jalan-jalan tapi tak charge bateri kamera. Sudahnya ambil gambar dengan hp jelah.... malas benor nak transfer.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...