Monday, March 28, 2011

Food poisoning atau alahan?

Assalamualaikum. Kenapa aku bangun lewat hari nie? Tengahari pula tu.. Semalam penat outing dengan BFF, balik Kajang, singgah beli makanan. Nasi goreng, kerabu mangga wajib ada dan kerang bakar! Sampai kat rumah, selesaikan mana yang patut, terus makan. 


Kerang bakar tu ada la yang masih mentah, ada yang dah masak, yang tak berapa nak masak sangat. Ok, aku makan yang mana aku rasa yakin je. Tukang kupas kerang a.k.a suami aku lah, tolong kupaskan, aku nie tukang sental je. 


Selesai makan, dalam beberapa minit je aku dah rasa pening, bagai nak pitam. Rasa macam semua barang dalam rumah nie berpusing! Tekak rasa lain macam. Perut menggelodak. Masuk bilik air, muntah. Mak cerry berry noks! Berlarutan lah sampai jam 4am. Kesian my husband, dahla badan tak sihat, gigi tengah sakit, gagah juga jaga wife, jaga anak.


Si kecik Amal Khalisah, sama naik tidur lewat. Asal aku masuk bilik air, dia menangis-nangis. Memang tak tenteram! Mana nak menahan sakit perut, muntah dan karenah anak. Sekarang nie, masih lagi terasa sakitnya. Cuma kurang sikit berbanding malam tadi. Lembik, letih, semua ada. Aku tak tau sama ada aku keracunan makanan atau pun aku alahan pada kerang. Aku rasa aku ada termakan kerang tak berapa masak. Mungkin itu menjadi punca.....




p/s : kesian my hubby.. demam dan sakit gigi. MC hari nie.. 
p/s/s : dalam sakit perut dan muntah-muntah nie, larat lagi nak berFB, berblog... haisshh....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...