Monday, March 7, 2011

Dulu lain sekarang lain.. rindu jadi student

Assalamualaikum. Eh, eh.. Liverpool menang ek. Man U boleh kalah dengan Liverpool.. Hmm, memang rezeki lah malam nie. Husband senyum je. Akhirnya... Takmo cerita panjang lebar pasal bola, aku bukan pandai sangat. Esok nak kene bangun awal pagi, nak siapkan anak dan ke Klinik Desa, cucuk 1 tahun. Memang nak pergi awal pagi kalau tak memang lama lah nak kene tunggu. Aku dah nak tidur dah tadi, tapi pusing kiri pusing kanan, tetap tak boleh lelap. Penyakit sungguhlah..


Tadi BW kat blog blogger yang lain. Sempatlah tinggal jejak. Ada yang tak sempat aku comment. Sorry yek. Seronok baca blog student nie. Teringat zaman belajar dulu. Susahnya hidup sebagai student. Perah otak, perah keringat. Pada aku, student sekarang sangat beruntung. Masing-masing ada handfon, laptop sendiri, senang nak buat assignment. Siap ada kereta sendiri k, senang nak ke kelas katanya. Zaman aku belajar, tak semua student mampu nak beli handfon. Tak mampu nak beli laptop. Koman-koman pun komputer yang besar gedabak tu jek. Itupun dah kira cukup kaya lah..


Asal musim nak siapkan assignment je, berduyunlah cari Cyber Cafe. Tak cukup dekat apartment, terpaksa menapak ke tempat lain pula. Bayangkan lah berapa banyak kos nak kene guna untuk buat assignment, penat lelah, berkongsi komputer dengan kawan-kawan lain untuk siapkan assignment. Zaman sekarang segala kemudahan ada, internet, email, skype. Nak study memang senanglah. Silap-silap study group boleh buat melalui skype. Conference call je. Tak payah susah-susah nak set tempat. Melainkan kalau nak dating dengan bf..


Kalau ada peluang, aku nak sambung belajar. Even sekarang nie aku tak kerja, sekadar suri rumahtangga sepenuh masa, ilmu tetap penting bagi aku. Rasa cemburu dengan kejayaan kawan-kawan. Lain pandangan masyarakat bila kita berilmu nie. Orang hormat kita. Kata-kata kita boleh di terima pakai. Kata-kata orang berilmu nie, ada 'isi', bukan 'tin kosong' semata. 


So, nasihat aku pada adik-adik student. Selagi ada peluang belajar, belajar sungguh-sungguh. Pandai bahagi masa antara pelajaran dan blog. Tak salah nak berblog, nak bersosial tapi biarlah kena pada masanya. Hargai peluang yang terbentang depan mata. Buat sehabis baik. Kalau takde ilmu, kita tak ke mana.. Kalau gagal, tak bermakna kita bodoh. Bangkit dan terus berusaha. Kejayaan pasti akan datang selagi kita tak putus asa..InsyaAllah, pasti berjaya




p/s : bukan senang nak senang. bukan susah nak susah......







1 comment:

daisy said...

aku setuju ngn kata2 ko!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...