Wednesday, March 9, 2011

Dah kahwin, baru tau....inilah hidup

Assalamualaikum.. Aku bersiaran tepat jam 2.50pagi. Tugasan masih belum selesai. Tanggungjawab perlu di laksanakan. Baru selesai menyusukan anak. Alhamdulillah, malam nie Amal Khalisah tak meragam macam semalam. Cuma sekali dua terjaga sebab nak susu. Susu badan je pun, tak payah susah nak bancuh-bancuh. Itulah nikmatnya. Baju masih lagi dalam mesin basuh, tunggu siap je. Sapu rumah dah selesai, mop mungkin tak. Sekadar lap mana-mana yang perlu. 


Hah, masa anak dara dulu ada buat macam nie? Bersengkang mata buat kerja rumah? Kalau dulu, sanggup bersengkang mata semata nak bergayut dengan buah hati. Sekarang, rasakan. Sungguh, dah kahwin nie lain. Apatah lagi dah bergelar isteri dan juga ibu. Kena pandai bahagi masa untuk suami dan anak. Semuanya kene adil dah saksama. Bukan satu perkara yang mudah!


Saat-saat nie lah baru terkenang pengorbanan yang mak kita lalui. Ye, dulu kita nie jenis anak yang 'derhaka'. Bohonglah kalau korang kata sikit pun korang tak pernah guriskan hati orang tua  esp mak! Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita dah lukakan hati orang tua kita. Sungguh, dulu aku nakal. Tak dengar cakap orang tua.


Sekarang nie, terus terang aku cakap. Since dah ada suami dan dah ada anak terutamanya, baru aku sedar erti kehidupan yang sebenar. Bila tanggung sakit bersalin, dalam pantang, bila kita bangun malam demi menyusukan anak, sanggup abaikan diri yang sakit demi menjaga anak dan suami. Ketepikan soal lain, tiada yang penting melainkan anak. Melainkan family. 


Saat-saat anak tak sihat, tiap-tiap saat kita berdoa minta Allah lindungi anak kita. Minta Allah sembuhkan sakit anak kita. Macam nie jugalah pengorbanan ibu kita dulu. Membesarkan kita. Bab makan, walaupun lapar, anak tetap kita suap dulu. Kenyangkan anak, baru fikir soal kita. Makanan yang ada, kongsi dengan anak. Belum masuk part nak mendidik anak. Sebolehnya kita nak yang terbaik untuk anak. Macam tu lah ibu bapa kita dulu. 


Kita beruntung, zaman dah berubah. Zaman makin maju. Nak berkomunikasi senang, nak ke klinik, senang. Semua ada. Kalau dulu? Bayangkanlah... Terus terang, sejak ada anak, sejak dah kahwin, aku makin rapat dengan mama aku. Tiap-tiap hari wajib call. Ada je benda aku nak kongsi cerita. Tiada satu pun rahsia! Kalau tak call, rasa macam tak lengkap hari aku. Sungguh! Keadaan dah merubah segala. Keadaan jadi bertambah baik. Perkahwinan dan pengalaman yang aku lalui banyak mengubah aku. 


Selagi kita tak kahwin, selagi kita tak ada anak, kita takkan sedar dan takkan tau macamana perasaan seorang ibu dan isteri. Ini adalah hakikat yang tak dapat kita nafikan. Mungkin zaman bujang, kita tau kita sayang mak kita. Kita tau kita hargai pengorbanan mak kita tapi kita lagi akan memahami keadaan sebenar bila kita lalui benda yang sama.....






p/s : masih belum terlambat untuk kita mohon ampun pada orang tua kita. masih belum terlambat untuk kita lebih menghargai mereka selagi nyawa di kandung badan. Jangan nanti bila dah tak ada, baru nak kenang... 




p/s/s : tiba-tiba rasa nak balik kampung, nak peluk mama.......

1 comment:

eiyra'z said...

btul tu..dah kawen baru tau erti sebenar kehidupan ni..blom kawen mmg hidup pun senang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...