Tuesday, March 1, 2011

Seorang ibu di belasah anak sendiri... ish2...

Assalamualaikum.. Ya Allah, aku mengantuk yang amat nie. Penangan ubat yang aku 'beli' semalam. Tak makan kang, sakit pulak. Bila dah makan, mengantuk. Tadi dah syok landing, tepuk-tepuk bantal sambil peluk anak. Baring depan tv je, ingatkan dapat membantu si kecik nie. Rupanya tidak. Memang dia tak boleh tengok mommy tidur. Aku dah lelap dah, tiba-tiba je kepala aku sakit. Boleh je si kecik nie ketuk kepala aku dengan toys dia!! Ikutkan hati tadi dah nak marah tapi tengok dia sengeh-sengeh, main cak-cak siap big hug, terus aku cair. Sekali lagi mata nak terlelap, boleh pulak jari dia yang kecik tu dok cungkil biji mata aku suh bangun. Ajak tengok tv sama-sama. Aku memang tak boleh tidur selagi dia tak tidur. Sudahnya sampai sekarang aku tak tidur. Kepala dah berdenyut, pening tak tidur, tahan mengantuk dan pening kene hempuk dengan anak tadi..... Kurang asam sungguh si kecik nie!! Memang nak kene gegettttt......






p/s : ada nie ha, atas riba aku dok sibuk nak tekan-tekan keyboard.....

1 comment:

zati embong said...

haha..sabar kak,pujuk dia tidur sama2 la kak O.o

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...