Wednesday, March 9, 2011

Cantik ke bila pakai legging?

Assalamualaikum.. Dah nak subuh rupanya. Aku masih tak tidur dari tadi. Mata dari mengantuk sampailah dah hilang mengantuknya. Haish, habislah pening kepala.. Mujurlah aku nie tak kerja, kalau tak harus MC. ngeeee.


Sekarang nie rata-rata aku tengok girls ke mak orang ke suka sangat pakai legging. Apa cantik sangat ke bila pakai legging nie? Nampak seksi kot pada mereka? Ataupun sangat stylo. Yang tak manis nya bila pakai legging, baju labuh sikit menutup punggung dan BERTUDUNG. Hmm, itu aku no comment. Sendiri simpan. 


Perempuan chubby berlegging? Hah, yang nie aku memang tarik nafas panjang. Nak pitam pun ada. Legging yang di pakai sangat-sangat ketat sehinggakan nampak warna kulit dan warna seluar dalam yang di pakai. Sangat jelas okeyh!! Lebihan lemak dan selulit juga turut kelihatan. Dengan aksi manja gelak sakan dengan kawan-kawan, tertonggeng-tonggeng kononnya aksi menggoda di tempat umum (deretan kedai) dan ianya berlaku betul-betul depan mata aku! Owh, rasa bagai nak pitammm... Husband aku? Terpaksa menahan azab, bukan cuci mata tapi tambah sakit mata.


Pada aku, nak berfesyen tak salah tapi jangan sampai jadi mangsa fesyen. Nak pakai legging? Silakan. Tak ada siapa larang. Pakai kat rumah kan lebih elok. Gantikan legging dengan kain dalam lagi sesuai. Senang bergerak. Ye lah, pakai baju kurung yang sekarang nie rata-rata kain jarang, kan lebih cantik kalau cover, takdelah jadi tontonan umum siri wayang kulit di tengahari. Yang mana kita nak, orang pandang kita dengan penuh rasa hormat atau pandangan yang penuh dengan cemuhan? Sendiri fikir ye...


Ops, aku minta maaf kalau entry nie menyinggung hati mereka-mereka yang suka pakai legging. Itu hak individu nak pakai apa pun. Cuma sekali lagi aku nasihatkan jangan jadi mangsa keadaan. Cantik pada orang tak bermakna cantik pada badan kita. Semua orang ada cara untuk menyerlahkan lagi 'kecantikan' yang dah sedia ada. Pandai-pandailah cari....


Wallahualam......




p/s : macam kuliah subuh la pulakkk..... ngeeee....



11 comments:

sasa asya said...

sangat betol la en3 ni.. yela skang yang pakai tudung pon sebuk nak berlegging..tak sedar ke die pakai tudung..ish isu panas ni :)

anak aris said...

saye x suke kalau org pakai tudung+legging..mcm x sopan

yatie chomeyl said...

harem pants lg cantik dr legging. mari kita banned pemakaian legging utk wanita bertudung!

http://yatiechomeyl.blogspot.com/2011/03/saya-mahu-banned-gambar-tak-senonoh.html

eiyra'z said...

sy pun salah seorang yg suka pkai legging ni...tp sy sebetulnye xsetuju kalau yg bertudung ikut sama pkai legging.kadang2 tu nenek pun ada pkai.sy pnh nmpk.masyaAllah.huhuh..

Fieda said...

dorang perasan ctk...:P

Wanita Bertudung Hijau said...

ustaz selalu ckp semasa kuliah zohor

suami yg dayus adalah suami yang tidak mencegah kemungkaran yg berlaku dlm keluarganya seperti membiarkan isteri dan anak2 tidak menutup aurat secara sempurna

nauzubillah

@deq He said...

bagus post ni I like.....memang betul semua yg awk ckp dlm ni...

Tina Othman said...

betul²..saya cukup geli kalau pakai tudung pakai legging..

NUUR AN NOR said...

bajet chantiklah tu walaupon persis nangka yg dibalut. hehe

LADYiera said...

betol sgt entri ni . tak suke tengok org pakai legging . lagi2 bertudung .

zura_habib said...

huhu...hubby aku ckp kalu body mcm dynas ke pakaila nak pakai legging pun tapi make sure luarnya jubah..legging tu simpan diam2 dlm jubah..huhu
Julie..senang sajer sbnrnya...yg haram itu ttp haram...korg buat korg dosa...tetttt!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...