Sunday, March 6, 2011

BN menang besar.. mampukah Liverpool?

Assalamualaikum.. Tengok berita tadi, BN menang besar di Kerdau dan Merlimau. Rezeki BN. Harap-harap lepas nie apa yang di kata dapat di kota. Jangan bagi harapan palsu. Jalankan tanggungjawab dengan sempurna, tulus ikhlas. Jangan sekadar menanam tebu di tepi bibir. Aku tak delah berpihak pada siapa-siapa (undi adalah rahsia). Tak kisahlah kemenangan berpihak pada siapa pun, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Amanah tetap amanah. Betul tak?


Owh, tengah berlangsung sekarang nie Liverpool vs Man U. Hah, Liverpool dah leading 2-0. Mampukah Liverpool menang besar macam BN malam nie? Kalahkan Man U? Sama-sama kita lihat ye.. 






p/s : suka tengok hubby melompat kegembiraan. macam menang pilihanraya jek.. menang atau kalah, Liverpool tetap di hati. kan laling?

1 comment:

Ibnushukran said...

akak sokong mne kak.. man u k liverpool.. 3-0 dah kak.. kcewa sunggh!!!.. argghh.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...