Thursday, March 3, 2011

Blogwalking tapi tidak tinggal jejak

Assalamualaikum.. Aku baru balik dari Klinik Desa, bawa Amal Khalisah buat check up. Sepatutnya kene inject 1 tahun tapi hanya ada pada hari Isnin sahaja. Makanya Isnin nanti lah baru ke Klinik Desa semula untuk ambil suntikan. Tadi cuma timbang berat, tinggi dan juga dapat ubat cacing. Awal-awal pagi lagi dah kene bangun. Mandi air panas yang tak berapa nak panas. Subuh tadi hujan lebat sangat, dengan ributnya lagi. Anak dengan suami dah lena tidur, aku je yang terkebil-kebil ketakutan. Sungguh, aku memang takut giler bila ribut petir nie. Apatah lagi duduk rumah yang tinggi macam nie, lagi lah kuat bunyinya. Seram weh!!


gambar hiasan

Mata tengah mengantuk, takde idea sangat nak taip entry. Hari nie Blogwalking blog kawan-kawan je. Tapi harap maaf la ye, sebab aku tak tinggal jejak. Bukan apa, BW sambil meriba anak, memang tak tenteram. Jari-jari kecik tu sibuk sama nak menaip. Kang aku ter'post' apa yang dia taip, lain pula jadinya. Kan? Aku minta maaf la yek...



p/s : Si kecik nie tengah leka tengok tv, bolehlah nak taip satu dua entry. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...