Monday, March 14, 2011

Bila anak dah mula lasak...berdarah bibir

Assalamualaikum. Anak dara aku sekarang dah sibuk nak makan sendiri. Biasanya benda-benda simple bolehla aku bagi dia makan sendiri tapi time makan nasi, memang aku kena suapkan.. Kalau bagi dia makan sendiri, lebih banyak jatuh ke lantai dari masuk mulut. Tapi bila bagi dia makan sendiri...


gini lah jadinya. dia buat main pulak dahh

sabar jelah.. dah dapat sudu, sudip pun nak jugak

Masa tengah lasak nie, memanglah aku pening kepala. Tak terkejar. Tapi tulah, seronok ada anak. Lasak-lasak dia pun, tu lah penghibur. Kalau dia duduk diam kang, aku yang risau.

Semalam, aku dok sibuk jemur baju, dia nak juga tolong, aku sidai dia tariknya baju. Sudahnya, memang kene marahlah. Bila aku dah marah, pandai pula merajuk bawa diri. Last-last cari aku jugak. 

Bibir dah macam Angelina Jolie, bengkak. Jatuh tersembam. Berdarahlah juga bibir atas ngan bawah. Hidung pun sama. Memang tambah penyakit sungguh! Kesian pulak..

Kalau menyusu lagila, badan aku nie di langkau-langkaunya (read:langkah) Ikut suka nak pijak. Posisi menyusu ikut suka dia, aku memang kene baring pasrah di kerjakan anak sendiri. Padahnya, aku juga yang sakit. Semalam, dia pijak tempat operate dan tolak dengan kaki. Mau air mata nie tak keluar. Sedu mak tau!! Sakit nakk oiii.. 

Itulah pengalaman. Lasak macamana pun, aku layankan je lah. Budak. Tengah nak membesar.   Kalau budak yang aku ngasuh tu tak datang, memanglah dia sunyi takde kawan. Aku juga yang kene melayan. Itulah buah hati pengarang jantung..


4 comments:

Fairus Bin Mamat said...

ADA TOKOH JADI CHEF.. :)

NUUR AN NOR said...

takpe..itu tandanya dia cargas dan pintar bila besar nanti!!

~CiK TiNieY~ said...

belajar masak...hihi....

~CiK TiNieY~ said...

belajar masak...hihi....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...