Friday, March 18, 2011

Bila aku bermata empat..

Assalamualaikum dan hai. Misi aku hujung bulan nie, nak cari cermin mata baru. Ye, mata nie makin lama makin kabur. Since selalu mengadap lappy nie, makin menjadilah kerabunannya. Lagi satu spesis silau macam aku nie memang harus pakai cermin mata yang sesuai. Kalau tak, susahlah nak drive malam-malam (drive ke??). 


gambar hiasan
aku suka stok-stok macam nie

gambar hiasan
yang macam nie pun aku suka jugak

Biarlah apa orang nak kata pun, janji aku suka! Takdelah selama nie aku hidup dalam kekaburan. Cissss, ayat melampau! Bukan takde cermin mata, tapi bukan pakai pun. Ada simpan dalam kereta. Buat apa membazir kan? Pakai jelah apa yang ada, cuma tang power tu je perlu diselesaikan. Tukar baru.



p/s : lama tak pakai cermin mata, lepas nie mesti pelik sebab semuanya terang dan jelas.. hahaha


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...