Wednesday, March 16, 2011

Biar papa asal bergaya.. lupakan je lah

Assalamualaikum. Aku rasa orang kita sekarang nie memang hebat-hebat. Muda-muda lagi dah pakai kereta, dah ada kerjaya, kehidupan pun senang. Owh, aku tak lah cemburu. Cuma kadang-kadang, kita nie jenis lupa, jenis alpa dengan kemewahan yang ada depan mata. Bersaing sesama sendiri, takmo kalah. Apa orang pakai, itu juga lah yang kita nak biarpun dalam poket hanya ada 2 ringgit!


Teringat akan seseorang, kira pangkat uncle lah dengan aku. Usianya menginjak 50 tahun, kerja memang dah lama. Gaji tak sampai RM2k. Okeyh ini cerita benar dan bukan rekaan. Single income dan ada 2 orang anak. Orangnya biasa, tak ada handfon, hanya bawa RM 2 sehari. Lunch time memang akan balik rumah untuk makan. Ke tempat kerja, cuma naik motor honda yang memang usang. Jenis lampu bulat tu. Kalau bab kereta, memang jenis model lama, seat pun tak ok. Bayangkan macamana kalau balik kampung dalam keadaan kereta macam tu? Kalau kita fikir selesa je kan? tapi tak pada dia, apa yang ada, sudah bernasib baik. Ramai lagi yang susah.


Nampak je macam tu, tapi duit simpanan dia memang banyak. Aku ingat lagi apa yang dia cakap pada aku 'kerja kuat tapi duit gaji kasi joli tadak guna julia.. saya simpan itu duit bukan untuk saya tapi untuk anak-anak saya.. macamana kalau saya sudah mati siapa mau kasi diorang duit untuk belajar..' (please take note, uncle nie India) Rumah pun simple takde sarat dengan barang perabut. Sekadar memenuhi keperluan sahaja. 


Aku memang respect giler dengan cara dia menguruskan wang. Biarlah orang pandang kita dengan sebelah mata sekalipun hanya kerana kita 'selekeh' tapi hakikat sebaliknya, kehidupan kita terjamin. Sampai sekarang, aku pegang kata-kata dia. Susah senang kita, kita tanggung sendiri, orang lain boleh tengok saja.. Aku selalu ingatkan my husb, kalau benda tu tak penting, jangan beli. Biarlah kita susah sekarang, janji masa depan kita dan anak-anak cerah akan datang.




p/s : sama macam kawan, masa kita senang, ramai je yang mengaku kawan tapi bila kita susah, hanya segelintir yang mengambil berat. dan ketika itu, baru kita sedar siapa sahabat sejati.

2 comments:

Jiha said...

Sgt setuju...biar laa org mengata..asalkan tak susahkan org lain dh cukup...jgn asik nk bergaya..sampai nk beli susu anak pun kena meminjam...

LiErOSe~QiEmi said...

kena belaja dgn ko.. aku suka membazir.. huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...