Wednesday, March 9, 2011

Betul-betul tak de mood...terima kasih hubby

Assalamualaikum.. Huhuhu, tengok jam rupanya dah 1 pagi. Aku masih lagi tak tidur. Baru nak mula basuh baju, jemurnya mungkin pagi esok. Kalau jemur malam nie, memang basuh 2 kali lah.. Tiap-tiap malam sampai ke pagi, selalu hujan. Siang tadi sibuk kesahkan anak dara sorang nie, merengek je. Nak berdukung, nak manja-manja dengan mommy. Aku masuk dapur, dia nangis. Sudahnya terpaksa dukung juga. Makan pun lebih kurang je. Lebihkan anak-anak (budak yang aku jaga tu pun dah anggap macam anak sendiri). Malam tadi, lepas ke ECONSAVE beli sayur (wajib ada dalam menu harian) my husband yang baik hati ajak makan kat luar. Tak perlu masak katanya. Aku dah kepenatan dari malam tadi, tak cukup tidur, tak berapa nak rehat. Owh, terima kasih kerana memahami yek..


Alamak, anak dah start merengek. Memang kene angkat kaki dulu. Jap-jap lagi sambung.






p/s : gudnite bloggers!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...