Saturday, March 12, 2011

Berkalung Noda...pengajaran buat semua

Assalamualaikum. Aku nie tengah melayan cerekarama. Takde cerita menarik malam nie. Hadoi, aku menyampah sungguhlah kalau part-part yang curang, gatai-gatai nie. Baik lelaki baik perempuan. Menyampah, meluat semua ada. Tapi tulah, nak menyampah lebih-lebih kang, takut terkena kat batang hidung sendiri. Padan muka aku.. Hish, nauzubillahiminzalik. Mintak simpang semua tu!!


Pada aku, dalam perkahwinan nie kene ada kesepakatan, kepercayaan dan kesetiaan. Sepakat dalam buat apa jua, masa untuk keluarga itu penting. Tak kisahla sibuk mana sekalipun, rumahtangga kene jaga. Tak kisah setinggi mana sekalipun pangkat kita, family tetap kene utama. Wang ringgit boleh cari, tapi kasih sayang keluarga, memang takkan dapat kat mana-mana. 


Baik suami ataupun isteri, masing-masing kene pandai jaga diri, jaga mata, jaga pergaulan. Ingat, ada hati yang perlu kita jaga. Ada amanah dari Yang Maha Esa yang perlu kita pikul.




p/s : nak gedik-gedik, gedik dengan laki bini sendiri ye yek.. don't play-play ha...... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...