Sunday, March 20, 2011

Berita baik untuk kaum wanita Lembah Klang....

Assalamualaikum. Berita gembira untuk surirumah macam aku dan wanita yang berpendapatan rendah.

1- Bengkel Menjahit - Kursus jahitan asas baju kurung dan tudung
2- Bengkel Manik - Kursus manik dengan 20 teknik asas sulaman terkini
3- Bengkel Bakeri - Kursus membuat cupcakes,kek,kuih muih
4- Bengkel Masakan - Kursus ala catering dan ilmu mengenai asas membuat catering
5- Bengkel Bunga Dip - Kursus membuat bunga dip@bunga kristal yang menjadi hiasan di majlis pengantin dan juga rasmi.
Kesemua kursus ini dijalankan selama dua hari di mana para peserta diberi latihan praktikal . Dan yang pastinya ianya percuma. Khas buat peserta yang terpilih ,terdiri daripada ibu-ibu tunggal,suri rumah dan wanita yang berpendapatan rendah.Tumpuan diberikan untuk kawasan sekitar lembah klang, namun bagi kawasan yang luar..amat-amat dialukan untuk menyertainya.
Kursus ini adalah dengan kerjasama dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan harapan setiap wanita mampu menjana ekonomi biarpun hanya dari rumah. Bagi peserta yang berjaya dari program em@k ini,akan ditampilkan khas dalam program APA KATA WANITA .

Untuk maklumat lanjut, sila ke www.emak.com.my

p/s : bukan senang kan nak dapat peluang macam nie. Haruslah daftar kan. Mana tau, lepas nie boleh belajar jahit... 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...