Monday, March 21, 2011

Anak perlu di puji..ringan-ringankan mulut

Assalamualaikum. Korang selalu puji anak tak? Lepas nie kene rajin-rajin puji anak sebab budak-budak nie suka bila kene puji. Alah, korang pun sama kan? Pantang kene puji, mula lah kembang.. Baik ngaku!


Dengan pujian, anak-anak akan rasa diri mereka di hargai dan ini membantu mereka meningkatkan potensi diri. Pembakar semangat untuk mereka. Tak kisahla apa yang anak-anak buat, ringankanlah mulut dengan pujian. Bukankah kata-kata yang lahir dari mulut ibu itu satu doa? Kadang-kadang selalu kita dengar, orang marah anak, cakap 'nakal', 'jahat', 'degil'. Kalau boleh cuba elakkan. Apa salahnya ganti dengan pujian, kata-kata nasihat. 


Lagi satu, time anak tengah tidur, dalam keadaan dia masih lagi tidur ayam. Nasihatlah anak, puji dia, berdoa, cakap benda baik-baik. Masa dalam keadaan separuh sedar, memang terkesan di hati lah! Aku selalu buat kat suami dan anak. Paling nampak kat anak lah. Apa yang kita nasihat kan dia masa tidur, alhamdulillah keesokannya dia ikut.


Tak caye? cubalah..... korang akan nampak hasilnya...





2 comments:

Fitri Senin said...

betul tu..bila kita selalu puji anak mmg terkesan..bukan nye kena tggu dia buat something special br kita nk puji..sy suka panggil raif budak pandai..dan mmg dh nmpk sikit hasilnya..umur br 1thn 4bulan tp dia dah pandai ckp 3 patah kata dgn jelas..alhamdulillah..

qieranna said...

ok...nnti nak cuba...

tp bab memuji ada gak la sy praktik kan....sape tak suka dipuji kan???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...