Saturday, March 5, 2011

Anak dennn oh anak dennn... sejuk perut mommy

Assalamualaikum.. Budak-budak nie makin dia besar, makin dia pandai. Belajar dari persekitaran. Belajar dari pemerhatian dia. Kita orang tua nie, kene lah tunjuk tauladan yang baik sebab budak-budak nie memerhati. Jangan salahkan anak-anak kalau diorang buat silap sebab semua tu diorang belajar dari kita yang dah lama hidup nie. Kan? Hah, contoh anak aku nie je. Selalu memerhati mak ayah nya solat.  Sekarang nie pantang nampak sejadah, minta bentangkan. Kadang-kadang kita yang leka nie pun boleh jadi malu dengan anak sendiri sebab dia lagi ingat.

duduk antara dua sujud. tangan kiri dok sibuk menggaru. 
gatai gamaknya.. mulut berbunyi..

Nie sujud namanya. 
Gambar dia baca doa tak sempat nak snap sebab doa pendek sangat.. hehe

Apalah mommy nie tak pakaikan saya baju.. Cuaca panas nak oii.. Amal Khalisah nie ada ekzema. Kalau cuaca panas, jangan lah bagi dia pakai baju, lagi teruk ekzema dia nanti.. Kalau kulit dia kering sikit, sapu krim.. Kalau naik gatal teruk sikit, mandikan terus. Tudung memang tak pakaikan dah. Material panas. Nak cari kain cotton atau kain yang sesuai untuk tudung budak-budak memang payah sikitlah. Kesian pulak kat Amal Khalisah, kain tudung tu memang panas. Nak pergi Masjid India pun entah bila.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...