Monday, March 28, 2011

Aku terpikat untuk singgah ke blog itu

Assalamualaikum. Apa yang buatkan korang terpanggil untuk singgah dan terus singgah ke satu-satu blog? dan apa yang buatkan korang 'hilang' mood untuk blogwalking?

  • Aku suka singgah blog yang simple dan tak sarat.
  • Penggunaan kata-kata singkat, bahasa-bahasa SMS nie kadang-kadang buat aku pening nak baca. Bukan itu je, kadang-kadang aku tak faham apa yang cuba di sampaikan.
  • jew, kew, an, emang, semua tu buat aku meluat nak baca entry. Alahai, macam gedik sangat! 
  • bila blog tu tak berat. tempoh masa nak loading takde lah makan masa sampai 10 minit.
  • bila suka sangat cerita pasal gf/bf. setakat satu dua entry, aku boleh lagi terima, tapi kalau dah jadi umpama 'diari percintaan' memang tak sesuailah. Baru bf/gf dekk, perjalanan masih jauh. Kalau takde jodoh camne? tak ke malu? simpan-simpan yek.
  • untuk yang dah kahwin ke nak cerita kisah family, kisah anak itu aku boleh terima sebab kadang-kadang boleh jadi panduan.
  • blogwalking ku terganggu bila blog tu terlalu berat, lambat nak load!
  • terlampau carca marba. orang nak baca entry, bukan nak kisahkan benda lain.
  • lagu. bila buka blog banyak-banyak dan semua blog tu ada lagu, memang buat aku pening. kalau baca satu-satu blog tu ok lagi. kalau boleh janganlah letak lagu yang stok-stok club, funfair ke segala bagai. tujuan utama, orang nak baca entry, bukan nak dengar lagu.
Ok, itu sahaja.. nanti kalau ada lagi. Aku tambah lagi ye... aku rasa korang pun ada sebab kenapa korang terpikat dengan sesuatu blog kan?


p/s : siapa yang baik nak buatkan header simple untuk aku? aku tak pandai buat header.....

5 comments:

Miza Yusof said...

samalah kita kak. miza pun kalau bw jumpa blog berat dengan segala macam widget terus miza klik "X".

ila ni said...

yehh. ada x-factor yg tersendiri. macam ila, ila akan terpikat kat blog yg ayat dia rilek, yg nampak mcm tak berusaha pun nak buat lawak @ tarik perhatian. in a word, matang. :D

nurul nabila bt medan said...

cube pergi link ni >>http://illustrasiaku.blogspot.com/2011/03/header-services.html

mungkin dia boley buatkan.
sbb header nabila pun dia buatkan =)

Sogeking Kun said...

yes, setuju. one more, aku tak suka kalau entri yang terlampau panjang puluh-puluh ribu patah perkataan. tambah-tambah kalau tak ada gambar langsung.

KatekateKite said...

ermmm... tol tu kak, kite setuju ngan sume point di atas! =)

kadang2 tu berat sangat 'x' jerk tros, kdg2 tu sepah2 tatau nak baca latest entry katne,dak2 yg gune bahasa yaww2 nih biasanya dah skolah, yg cite psl bf/gf pon dak skola majoriti, kalo yg dh besor pjg nih cite pon sikit2 jerk lah...(kite pon kdg2 terciter gak =p )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...