Tuesday, March 15, 2011

Aku tak risau pasal botol susu..

Assalamualaikum. Kerajaan dah haram kan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A (BPA). 


Apa itu BPA? 
Biophesphenol A ialah sejenis monomer/ bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik polikarbonat untuk menghasilkan botol plastik yang jernih. Pendedahan kepada BPA secara berterusan atau dalam kadar yang tinggi dikatakan punca kepada penyakit kanser, baligh awal dan sebagainya.


Biasanya BPA terdapat dalam botol yang jernih seperti botol susu, botol mineral, bekas makanan dan juga teether baby. 




Ok, aku terkejut juga dengan kenyataan nie. Menakutkan okeyh!! Memang pada mulanya aku tak risau pasal botol susu nie sebab anak aku direct BF. Memang tak pernah guna botol. Yang menjadi kerisauan aku sekarang, botol air yang di gunakan, bahan mainan, mangkuk plastik, macam-macam lagi lah. Semuanya ada bahan kimia kan? Cuma kita je tak tau.. 


Kadang-kadang kita fikir barang tu murah, bolehla beli. Tak sanggup beli botol susu mahal-mahal untuk anak, membazir katanya. Bila dah jadi macam nie, baru kita celik mata, baru kita sedar. Tak salahkan sesiapa, aku pun tak tau sama macam orang lain jugak. Pengajarannya, lepas nie kenelah banyak buat research sebelum beli sesuatu. Soal harga, biarlah mahal sikit asalkan selamat.


Antara botol susu yang bebas BPA - avent, bumble bee, safety plus, MAM, pigeon. Memang mahal sikit tapi tak pelah kan. untuk anak.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...