Friday, March 18, 2011

Aku insan biasa.. aku tak pakai LV..so what?

Assalamualaikum.. LV? VERSACE? GUESS? ZARA? Korang ada? Korang pakai? Sumpah, dalam hidup aku tak pakai semua tu. Aku takde apa-apa barang jenama tu kecuali perfume Guess yang dah habis! Tinggal botol je.


Aku tak kisah kalau ada antara korang yang pakai brand tersebut. Itu hak korang, itu duit korang. Korang nak perabih kot jalan mana pun itu korang punya suka. Aku ada terbaca satu statement 'minah kampung' yang berlagak gojes. Aku tak nak sebut siapa, aku tak nak print page siapa-siapa, aku tak nak buka aib sesiapa. Kalau siapa yang terasa, aku minta maaf dan tolong ubah sikap! Katanya, orang yang pakai barang-barang murah nie takde taste, takde class, kasut murah-murah nie untuk masuk tandas!


Aku pakai selipar BATA. Baju aku beli kat Jusco je kot. Jeans aku ladylike je, mahal-mahal pun VOIR! Handbag? Ada dalam almari. Aku tak pakai pun.. Wallet? Memang takde, beg yang letak handfon tu lah wallet aku! Tak kisahla apa korang nak pakai pun, janganlah sampai menunjuk-nunjuk, timbul riak dalam diri, tak pasal dapat dosa free. Pakai wallet mahal-mahal pun kalau takde duit, tak payah nak berlagak. Lagi mahal korang pakai, lagi ramai peragut-peragut kat luar tu ngidam kat korang tau! 


Takde jenama-jenama seme tuh. Lagi satu, ko pakailah mahal mana barang sekalipun, lagi lambat lah jodoh korang. Lelaki pun takut nak dekat babe!! Sederhana kan elok. Tak kisahla dalam apa keadaan sekalipun. 


p/s : Korang pakai mahal-mahal, sampai masa mati, kain kapan kita sama jugak. 















3 comments:

Wanita Bertudung Hijau said...

sy penah pakai satu jubah yang tidak berjenama color pink sedondon dgn tudung, kebetulan menghadiri satu kursus yg dianjurkan oleh ofis sy

semasa berjalan bersama rakan nak pergi makan, kawan sy tny sy, lawa baju kau, beli kat mana?

dgn muka selamba sy jawab, beli kat mydin subang je

kwn sy gelak dan sengih, dia kata kalau org lain confirm tak nak mengaku beli kat mydin, kau pula dgn muka selamba jwab kuat lak tu,

sy pun turut ketawa :-)

kemudian, sy terfikir sejenak, betul jugak ckp kwan sy td, pengalaman sy sblm ni bertanyakan kwn2 yg lain, kalau tak berjenama diaorg takkan jawab sbb rasa malu

...mommy jue... said...

wanita bertudung hijau : tak kisahlah apa kita pakai, janji kita bangga dengan diri kita sendiri. Tak ada hinanya kalau pakai baju murah-murah nie kan? Janji tutup aurat, itu yang penting. Janji kita beli dengan duit yang halal

(One) SiTi* said...

baik menang membeli, dan menang memakai...

barang murah pun ada yang berkualiti apa...
wansiti fikir nak membazir beli barang yang mahal,

baik berjimat, guna duit tu wat beli makanan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...