Friday, March 18, 2011

Aku, dia dan slimming tea..mujur tak kene reject

Assalamualaikum. Setiap kali aku teringat pasal nie, mesti tersenyum sendiri. Sungguh! Cerita nie memang takkan aku lupa sampai bila-bila. 


Nie kisah sebelum kahwin, sebelum bertunang. Kiranya datang merisiklah. Kenal-kenal family. Suami aku datang dengan Parents in law (masa tu belum kahwin okeyh!) bincang-bincang nak tetap tarikh tunang. Aku memang gelabah! Ye lah, tetamu istimewa datang dari jauh. KL ke Kuantan, kebas jugalah duduk lama-lama dalam kereta. 


Aku memang tahap panik. Panic attack okeyh! Gelabah semacam. Macam kucing nak beranak kat dapur tu. Buat air pun pakai ambil je. Tak tanya mak aku dah. Orang tengah sibuk bincang, malas lah aku nak ganggu. Aku pelik, bancuh teh, warna taklah pekat macam teh biasa, biarpun 2 uncang aku letak. Tetap samar-samar jernih gitu.


Mak aku kat depan dah buat muka pelik masa minum. Senyum-senyum kat aku. Orang lain relaks je minum. Aku dengan muka suci tak berdosa, minum jugaklah. Bila dah selesai urusan seri paduka, diorang pun balik KL semula. Masa tu lah mak aku tanya..


Mama : Along buat air teh tadi, ambil teh mana?
Aku : Amik yang kat dalam bekas tu lah. Kenapa? (dalam hati cuak)
Mama : Itu slimming tea, teh biasa dalam bekas satu lagi...
Aku : La, mana along tau. Mana nampak teh lain. Tu je yang ada depan mata..


Satu rumah dok gelak kan aku. Yelah, teh tu bukan dalam kotak pun, manalah aku tau. Letak dalam bekas plastik macam tu je, takde label. Aku pun tak tanya, dok sedap amik je. Nampak sangat yang aku tak duduk dapur kan? Mak aku dah bising-bising suh tanya bakal besan dia macamana. Kesian pulak. Mujurlah takde apa-apa berlaku, kalau tak bulat-bulat aku kene reject!! Fuhh selamat....


gambar hiasan
kalau tak silap aku, teh nie lah kot..

p/s : aku tak ingat sama ada pernah cerita kat suami aku atau tak. tapi mertua aku sampai sekarang tak tau.. ampun.......





7 comments:

Fitri Senin said...

salam mommy amal..salam kenal..singgah dr blog bangku kosong..confirm lps balik dr merisik u derang semua berebut tandas.. :)

wana_wani said...

HEHHEE..,,kelakau lah...kesian mesti akit perut kuar masuk tandas kan

tims said...

hehehe..kelakar la cite ni..adoi tu sumer kenangan sblum kawen..

anyway,slam knal,dtg jenguk geng jelajah blog ibu.. mama tims folo sini,jom terjah n folow sya..

Finaz Jaafar said...

kuikuikui..oke fine sume yg mnum pasti slim ! kahkahkah

...mommy jue... said...

u olls, nasib baik tak terkene wabak cherry berry okeyh. Selamat semuanya. Kalau tak, mati gue.. sah2 bujang lagi sekarang.... ngeee...

aDieyZa said...

salam kenal dear.. thanks sudi jenguk blog zana td.. zana dah follow blog ni..

gelak besar zana baca entry ni tau.. mak mertua x tau sampai sekarang eh? nasib baik xde apa2 kan.. hihihi.. kelakar la..

Mama Kyra said...

lawak tul la..nsb depa suma tk cb kn..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...