Thursday, March 3, 2011

Aku blogger baru...masih tadika

Assalamualaikum... Aku cemburu dengan blogger-blogger otai. Aku cemburu bila orang post traffic ribu-ribuan sehari. Aku cemburu dengan kejayaan orang lain. Aku sedar, aku blogger baru. Entry pun tak matang macam orang lain. Korang ingat senang ke nak berjaya macam diorang? Usaha keras tu penting. Nak cari idea nak tulis entry supaya orang terpikat nak baca dan follow. Follow dengan ikhlas hati. Nak kekalkan trafik sama setiap hari pun bukan satu kerja mudah. Tak semua follower kita tu, akan baca setiap entry kita sehari. Apa kau fikir kau cukup hebat ke sampai orang lain 'angau' dengan entry kau? Aku tak pandai nak 'pikat' orang dengan entry power, dengan tajuk power. Sungguh, aku masih baru. Followers ramai sebabkan GA. Lepas tu kes BW, i follow u, u follow me. Sampai situ je sudahnya. Aku nie macam budak tadika yang berangan nak dapat segulung ijazah. Walhal perjalanan masih jauh, masih panjang. Bukan mudah nak berjaya. Belajar dan terus belajar. Mana tau, berkat sabar berjaya lah aku nanti.. Kan?




p/s:doa-doakanlah aku yek....

2 comments:

hazrinaPERRY said...

i follow you,you follow me tuh popular :D betul ckap mommy !

HAJAR hasan said...

insyaALLAH. one day mommy boleh jd blogger cemerlang. maintain trafik. hajar pun newbie juga. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...