Tuesday, March 1, 2011

Air mahal tapi kualiti cam hampehhh

Assalamualaikum.. Hari nie aku cuti. Cousin aku tak hantar anak dia hari nie. Sunyilah anak aku tak ada kawan nak main. Sementara Amal Khalisah tengah tidur nie, dapat lah join 1-2 GA. Malam tadi jam 3 pagi baru dapat tidur. Itupun tak berapa lena, hujan lebat sangat. Selesai mendobi 3 trip baju, bertimbun baju nak lipat. Semuanya tergendala. Stok seminggu baju tak berbasuh, bukan sebab malas, tapi kualiti air yang tidak bagus. Kenapa? Air keruh sangat, sampaikan habis baju turut kotor. Baju anak aku yang putih dah tukar jadi warna coklat.

Dahla bil air rumah nie tinggi. RM1.38/meterpadu. Itu SYABAS yang kenekan untuk apartment. Then pihak pengurusan mark up lagi seposen, jadinya total RM1.48/meterpadu. Mahal kan? Subsidi memang takde lah.. Aku duduk bertiga je, tapi bil air sebulan dekat RM 40. Kalau kualiti air tu ok, tak ada lah aku nak sentap sangat. Ini jadi satu keje lagi, aku nak kene sental semula baju-baju yang kotor tu. Marah sungguh! Penapis air pula pasang kat dapur je, untuk masak, air mandi anak. Ntahlah.. Aku pun tak tau macamana nak buat lagi. Serba serbi mahal sekarang nie. 



p/s : lama-lama nanti air tu boleh jadi air teh o. Silap-silap tambah gula je. 

2 comments:

Fieda said...

mhalnyer bil air umah mommy jue...sy duk 5 beranak bil air sebulan pun dlm rm11 je...mommy duk area mana yer..?sy area cheras.

...mommy jue... said...

Fieda : mahal kan? sya ddk kajang, rate apartment memang mahal la.. takde subsidi pun. =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...