Monday, February 28, 2011

Sumpah aku rasa tak selamat..

Assalamualaikum.. Semalam sebelum keluar, terpandang kat papan notis tentang kes pecah rumah. Pihak pengurusan bagi ingatan pada penduduk agar berhati-hati. Korang bayangkan, apartment aku nie, nak masuk kene ada access card, tak kisah lah ceruk mana pun, security ada. 24 jam okeyh!! Tapi yang menyedihkannya, boleh dikatakan hampir setiap hari kes pecah rumah berlaku tau. Macam yang jiran aku cakap hari tu, setiap hari mesti ada satu rumah yang diorang pecah masuk. Biasanya berlaku tengahari. Aku seyes takut!! Walaupun ada kat rumah tapi kita tak dapat jangka. Setiap kali aku kene check pintu, kunci ke tak, check kat dapur kot-kot ada orang tengah cuba nak masuk, check kat balkoni, pastikan pintu berkunci. Tingkat bilik pun sama. Sampai bila aku nak hidup dalam ketakutan? Kalau cuti raya nanti macamana lah? 


Kata pihak pengurusan, kejadian pecah rumah berlaku hampir setiap hari :
*sila pastikan pintu dan tingkap semua terkunci terutama balkoni 


persoalannya sekarang :
*Apa security guard buat? Makan gaji buta ke apa? Tak ronda ke???
*Kenapa boleh lepaskan orang sewenang-wenangnya masuk? Melainkan pencuri tu penghuni apartment nie.
*Dah tau, kes pecah rumah boleh dikatakan berlaku tiap-tiap hari, tak boleh ke fikir cara nak elak benda nie jadi?


Korang bayangkan lah, macamana aku nak keluar rumah siang hari? Rasa macam ada mata yang memerhati. Kes biasa berlaku time orang tak ada kat rumah, sibuk pergi kerja lah. Nie lagilah, aku tinggal kat rumah dengan anak dan budak yang aku asuh. Tak ke takut?? Sumpah aku rasa tak selamat. Kalau ada orang datang rumah aku, bagi salam sekalipun memang aku takkan buka pintu. Lantak lah ko nak duduk luar tu lama-lama. Melainkan orang tu aku kenal dan call bila dah sampai.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...