Thursday, February 24, 2011

Siapa nak tengok Khurafat dengan mommy?

Hah, memang aku tunggu sangat-sangat cerita nie di tayangkan kat Astro First. Akhirnya ada juga. Khurafat! Macam best je kan cerita nie. Tukar channel 480 tadi, ye memang ada! Dah keluar promo pun. Kalau ikutkan hati, memang nak purchase time tu juga tapi bila mengenangkan perasaan takut, dan hari pun dah malam, maka hentikan jelah niat hati yang tak reti sabar tu. Tunggulah weekend nie baru purchase. Boleh tengok dengan hubby, sambil makan biskut, pakai baju kaftan. Nak tutup muka dengan bantal ke, tengok celah-celah jari ke, tak payah nak malu-malu. Cover line. Siap boleh buat air kat dapur. Nie lah yang bagusnya Astro First nie. Sekali purchase, boleh tengok dalam tempoh 48jam k! Tengoklah sampai tak larat nak terkejut.


kini di astro first. RM15hengget je derrrr


p/s : choi! malam-malam buat entry pasal nie, pastu mulalah takut nak ke dapur. ngeeeee... nakkkk teman mommy nakk.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...