Friday, February 25, 2011

Siap sedia menerima tempahan raya..

Waaahhh, tajukk entry. Propa je lebih. Kita raya bulan 8 kan? Aku rasa time macam nie, tukang jahit tak terima dah tempahan untuk raya. Aku memang jarang tempah baju nie, pakai yang dah siap je senang. Itu zaman aku kurus. Badan ikut saiz sepatutnya. Memang saiz patung lah sangat. Sekarang nie, badan dah macam tong, jangan mimpilah nak pakai baju ready made. Akan ada bonjolan yang tidak ingin dilihat. Side skirting katanya! 

Aku teringin nak belajar menjahit. Boleh kaya woo kalau pandai jahit! Aku memang nak sangatlah belajar. Minat boleh pupuk kan? Busuk-busuk pun dapat jahit baju kurung pun dah kira ok lah. Senang anak nak pergi sekolah nanti, jahit sendiri. Murah pun murah! Selagi tulang empat kerat nie masih berdaya, aku nak sangat ceduk segala ilmu yang ada tak kisahlah belajar memasak ke, menjahit ke kan. Kalau ada kepandaian macam tu, memang aku respect sangatlah orang tu. Serius!

Korang bayangkanlah, kalau aku nie tukang jahit. Nyata-nyata aku tengah dok sibuk menjahit tempahan. Sibuk potong kain, macam-macam lah. Jangan harap aku ada masa sangat nak update entry nie. Entah-entah tak pandang langsung. Eh, jangan tak tau.. Blog nie boleh jadi cabang korang nak maju tau! Nak promosi segala hasil kerja korang, kat sini lah senang.. Iklan kan sendiri. Puas hati.

Agak-agaknya antara korang-korang nie kan, ada ke sesiapa yang sudi ajar aku menjahit? Jahit baju kurung pun jadilah... Mak cik nak sangat belajar...


p/s : kerja kursus jahitan Kemahiran Hidup, mak cik hantar kat kedai je. Tahap pemalas yang tak boleh bawa berbincang...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...