Friday, February 11, 2011

Senarai mas kahwin mengikut negeri

Senarai mas kahwin mengikut negeri. 


Korang tengok, Pahang dengan Johor masih lagi sama RM22.50. Aku ingat lagi masa aku nikah, pihak suami nak bagi lebih tapi tok kadi kata, akad tetap akan sebut RM22.50. Itu perintah Sultan. Ngee.. Takut weh, makanya time akad tu akad je la RM22.50. dalam borang kahwin pun begitu juga. Letak lebih, diorang suh betulkan asal. Orang dah bagi murah, sibuk nak mark up sendiri kan? hehe. 

Bukan susah nak kahwin nie, Islam tak pernah membebankan. Cukup ada pengantin lelaki, perempuan, wali dan 2 saksi. Mas kahwin jangan lupa. Kalau takde duit sangat, tumbang sekor kambing bagi makan orang ramai pun jadilah (itu tanggungjawab ibu bapa). Orang kita sekarang banyak ikut adat, hantaran tak mudah ribu riban, ikut kelulusan. Makin pandai anak tu, makin mahal lah. Pelamin sebesar-besar stage kat dewan. Baju kalau tak liplap tak sah. Kain net hak atas kepala tu kalau boleh panjang berjela, tak cecah lantai. Deco dewan tu, penuh dengan bunga, bunga cameron memang habis stok sebab diorang. Langsung pulak sampai 3 4 malam. Selagi boleh macam-macam nak buat. Ingat, Islam suh kita besederhana je. Jangan lebih-lebih sampai timbul pembaziran dan rasa riak dalam diri. Kononnya majlis aku lah wedding of the year. Tapi kalau korang rasa duit tu dah terlampau banyak menggunung, tak tau nak 'sedekah' ke mana, lantak korang lah. Asalkan bahagia dan perkahwinan tu kekal hingga akhir hayat. Jangan pula nanti, 1 tahun je dah dengar cerai berai. Tak elok kan tu. Nauzubillahiminzalik...



p/s : RM22.50, sama harga dengan tiket bas KL-KTN je. sob-sob

2 comments:

e1xtrim said...

Ada hadis rasulullah lebih kurang gini: Sebaik2 wanita adalaha yg plg rendah mas kahwinnya.

[Ana] Farhana.... said...

salam perkenalan...
betul3... johor pahang je plg termurah stkt yg ditetapkan..
kelate ganu perlis n kedah tak tetapkan...
nak 'ikat' bkn susah.. Islam tu memudahkan...
ni kite yg wat payoh...
RM22.50.. harge tol Johor ke UPM... ngeh2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...