Monday, February 28, 2011

Sebamed Baby Liquid Cleanser dan kasut bunyi

Assalamualaikum. Hari Sabtu baru nie sempatlah beli barang Amal Khalisah. Impian nak belikan kasut yang ada bunyi-bunyi bila berjalan tu kesampaian juga akhirnya. Aku beli kat Kedai Baby Twins, Pandan Prima. Dekat dengan Tesco Ampang. Sederet dengan KK. Sejak anak dara aku nie dah pandai jalan, hati mommy dengan daddy melonjak-lonjak lah nak bagi anak pakai kasut. Memang teruja sangat tengok dia terkedek-kedek dengan kasut baru. **Penat mommy nak kejar kat Jusco nakkk oiiii**


Saiz 4 : aku pilih yang besar terus, senang.. tak muat nanti baru beli lain
kedekut punya makkk...
murah je nie, RM26 dan ada less 10%.. Ngeh3..
Lepas nie senang mommy nak jejak....

Sabun mandi Amal Khalisah

Sebamed Liquid Cleanser kat Kedai Baby Twins, murah kalau nak di bandingkan dengan tempat-tempat lain. 1000ml (gambar) dan dapat free sebotol lagi 200ml. Cuma RM59.90 sahaja. Kalau nak dibandingkan dengan tempat-tempat lain yang pernah aku survey, dalam RM79.90 okeyh! Jauh sangat beza tu. Dulu masa dia baby lagi, aku guna johnson baby tapi tak sesuai dengan dia yang ada alahan kulit. Teruk sangat. Makanya aku beralih arah ke Sebamed. Shampoo pun aku guna sebamend baby. Pakai sikit pun dah cukup. Sebotol 1000ml nie boleh tahan 2-3 bulan. Aku tak guna banyak sangat. 

p/s : Setakat nie belum jumpa lagi baby liquid cleanser yang fragrance free. Kalau ada memang aku dah rembat. Budak yang ada kulit ekzema nie memang tak boleh beramah mesra dengan fragrance. 



4 comments:

mykhalis said...

wahh..ada info pasal si manja.. seronoknye..sayapun dah nak jadi ayah tak lama lagi..hehe

Suhaziyan Sukimi said...

mummy jgn beli kasut baby beso sgt..nnti baby jln tekedek-kedek pulak..hehe...btw sebamed mmg baek..

...mommy jue... said...

mykhalis : daddy-to-be la nie yek? congrats
Suhaziyan : takdelah besar sangat. elok lah untuk dia tapi ada la ruang sikit. seronok tengok dia jalan.... =)

Hantu Ulam said...

aku gune cetaphyl n organic buds. its fragrance free..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...