Tuesday, February 22, 2011

Saya mahu mangga muda.. kecur air liur

Mana aku nak cari nie? Harap-harap pencarian aku berhasil. Tekak nie nak makan mangga muda dengan sambal colek. Mana nak cari? Kecur air liur aku! Kat rumah aku, yang hantu masam hanya aku sorang je. Hubby aku memang tak layan semua nie.. Maklumlah, mak orang kampung.. Lagi syiok kalau balik kuantan, makan dengan adik beradik, kaum kerabat. Memang masing-masing hantu colek. Masa arwah atuk aku ada dulu, kitorang selalu kait mangga muda dekat belakang rumah je. Segar dari ladang! Makan kat pangkin bawah pokok manggis. Lepas tu minum air kelapa muda. Memang masyuk k!

sumber : google

Masa mengandung, memang gigihla aku tokak (read : makan) mangga muda macam epal. Kalau tak dapat mangga muda, epal hijau tu lah jadi mangsa buat colek. Asal boleh je kan? hehe.. Sekarang nie macamana? Sendiri buat entry yang mengecurkan air liur, sendiri lah fikir macamana nak selesaikan masalah.


p/s : bagitau suami nak mangga muda, sekali dia jawab 'ai, dah mengidam? kira nak bermanjalah nie..' taklah bang, cacing-cacing dalam perut nie hah nak makan mangga muda.


3 comments:

zakiah ghani said...

waaaaa... mommy jue,terliur tgk mangga ni.. dah la sy pom obses giler ngan colek2,jeruk2 ni.. huhu

karipapsayur said...

kalo colek cap Mak Bee dr penang.. pergh.. terbaekkk

...mommy jue... said...

karipapsayur : kecur air liur aku malam2 nie weh. mana mau cari?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...