Wednesday, February 9, 2011

Sahabat sejati.. susah nak cari



Hampir 20 tahun kita kawan. Susah senang, suka duka kita kongsi bersama. Dari zaman sekolah rendah sampailah dah beranak pinak (aku le tuh) Masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Untuk  Sabrina yang masih Bujang but not available, aku harap dugaan yang kau tempuh ada penghujungnya. Kesudahan yang baik untuk kau.  Untuk Baiti, alam rumahtangga tak sentiasa indah, ada manis ada pahit. Apapun jangan pendam dalam hati. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sedangkan lidah lagi tergigit kan. Aku tau kau bahagia kini. Cepat-cepat timang anak, anak aku sunyi tak ada kawan. Kot-kot ko dapat anak lelaki, boleh kita jadi besan. Hah, cita-cita tinggi!
Korang memang sahabat sejati, teman menangis, teman mengilai, teman gossip. Segalanya lah. Rahsia aku dalam poket korang (jangan siapa-siapa cuba korek, aku cepuk kang!) Aku rindu zaman sengal kita. Tapi dah kawin, tak boleh galok-galok macam dulu. Ingat, aku ada spy! Anak aku lah.. Ada masa kita jumpa lagi yek.. Ghindu korang........


p/s : macam dah bertahun tak jumpa..walhal tiap-tiap hari YM, email, msg.. gedik kan? hehehe.. Aku jeles korang kurus! Nak lemak? Meh aku nak derma.... Sila ambil ok...

1 comment:

mrs_zura said...

sabrina je aku cam..baiti tak ingat pun dari zaman sekolah dulu...huhu sori baiti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...