Wednesday, February 23, 2011

Roti canai ke lempeng?

Nak tau apa cerita Roti Canai aku? Dua kali aku buat k, adunan pertama, tak menjadi. Lembik, susah betul nak tebar. Macam pandai je tebar! Adunan kedua, subuh baru aku buat lepas yang baru. Kalau ikutkan rupa tebar tu, memanglah hancur. Aku masih belum mahir. Tapi tang rasa tu, not bad lah. Boleh la telan dek tekak nie. Lembut je. Mungkin ada silap masa aku menguli tu. Tumpuan kurang agaknya. Cubaan pertama biasanya tak berjaya. Bila dah buat banyak kali, jadi lah kot. Hehehe. Nak tengok hasilnya? Tak payah lah yek. Lagipun aku tak dan nak ambil gambar, lepas masak terus sental. Takde kuah kari, tak ada kuah dal. Makan dengan gula pun dah cukup tapi aku suka makan roti kosong. Dapatlah rasa kenikmatan apa yang lebih apa yang kurang. Tapi sekali tengok, macam lempeng pun ada jugak! Nak juga tengok gambar? Hah, malam karang aku upload, orait?




Kalau rasa nak cuba buat roti canai, bolehla ambil resepi kat sini. Roti canai kak umi. Kak umi nie dah expert, kalau belajar nie boleh kata tahap PhD lah. Semua dia buat menjadi je, tak kisahlah kali pertama atau kesekian kalinya. Kalau aku nie, kali pertama gagal dah rasa down, menangis kat dapur.




p/s : Suami nak sangat makan homemade roti canai, nasiblah bang.. tak sama dengan mamak. Tapi I masak sedap kan? Penuh kasih sayang. Mamak-mamak tu tak sayang u.. ngeh3

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...