Thursday, February 24, 2011

Reminder..28 Februari 2011

Ada apa dengan 28 Februari? Buat-buat tak tau pula kan.. Last day untuk bayar saman tertunggak, saman yang sedia ada. Kiranya ada penguranganlah. Lepas dari tarikh tu, kot-kot korang nie jenis yang keras hati, jenis yang malas ambil kisah pasal nie, jangan nak marah ke merentan, meroyan tak tentu pasal kat blog atau facebook bila nama korang di senarai hitam. Takde gunanya derrrr... Orang dah bagi peluang dah tapi takmo jugak dengar. Buat-buat degil kan. (Saman  mak cik dah selesai).


Lagi satu, berkuat kuasa 1 Mac nie (kalau tak silap pendengaran aku lah) siapa-siapa yang duduk belakang dan tak pakai seatbelt (kereta la weh, motor mana ada seat belt!) akan di kenekan saman sebanyak RM300. Jangan pula lepas nie, yang belakang je pakai, yang duduk depan tak pakai. Saman tetap saman, takde toleransi ok. Setahu aku yang akan di saman, si driver yang malang. Aku nie pulak, jenis yang malas nak pakai seat belt nie. Nampak roadblock baru lah terkial-kial dok tarik dan pakai. 


Teringat satu ketika, aku kene tegur dengan kereta peronda polis (masa tu kat traffic light, tunggu tukar hijau je) Si uncle polis nie, minta aku turunkan cermin tingkap. Kereta sebelah menyebelah. Aku nie taklah cuak sangat dengan polis nie. Dia dengan tegasnya tanya aku 


Uncle polis : 'Kenapa tak pakai tali pinggang? Nak kene saman ke?'
Aku : Senyum je lah.. sambil tengok dia 'Hmm, encik pun tak pakai tali pinggang juga kan?'
Uncle polis : 'dah, dah.. tutup tingkap.. Jalan'
Aku : Senyum dan tunjuk pada lampu isyarat yang masih merah. Gila, suh aku jalan. Nak kene langgar kot. Jadi kes lain pulak


Berani kau yekk. Menjawab. Keji sungguh! Aku tak salah, buat apa nak takut kan (walaupun hakikat memang aku salah). Hah, jangan tiru apa yang aku buat nie k. Silap-silap masuk lokap. Aku takpelah, kawasan aku dan aku tau nie angkara ayah aku yang masa tu jaga kereta peronda. Awal-awal lagi dia dah bagitau anak buah dia, kalau nampak kereta aku malam-malam, sila tahan. Jangan main-main ko! Nak dating pun susah k... Ada banyak mata-mata..




p/s : GA juga tamat 28 Februari nie.. ada masa lagi untuk korang join... sempat lagi tu.. **peace yo**

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...