Wednesday, February 23, 2011

Pregnancy test..satu atau dua?



Korang tau tak, aku tengah kemaruk nak buat pregnancy test sekarang nie. Lepas dah bersalin, pantang lewat sikit period, sibuk ajak hubby beli test. Walaupun dah tau aku memang tak pregnant. Sungguh, sampai lah sekarang nie perangai 'membazir' tu ada lagi. Nak kata aku dah ready untuk mengandung lagi, tak juga tapi kalau ada aku tak tolak rezeki yang Allah bagi biar pun doktor nasihatkan untuk aku tidak mengandung dalam tempoh 2 tahun (operate kan) Tapi kalau Allah dah bagi rezeki tu, alhamdulillah. 


Teringat satu kisah, masa aku beli pregnancy test di Guardian, sedang dok leka belek-belek. Ada lah sepasang suami isteri nie dok membeli sama benda tu sedangkan perut tu dah membesar. Ye, wife dia dah pun mengandung. Aku dengan busy body, cuba tangkap apa yang diorang bualkan.


si suami : u nak buat apa beli banyak-banyak nie? membazir je lah
si isteri : i nak tau sama ada i mengandung lagi ke tak.
si suami : la, kan perut u tu dah besar, dah ada baby pun, memang u dah mengandung kan
si isteri : alah, i nak juga.takutlah esok baby tak ada.
si suami : (geleng kepala sambil pandang aku)


Aku senyum je lah kat dia. Layankan jela, orang mengandung nie memang perangai dia pelik sikit. Aku pun macam tu juga tapi takdelah meroyan nak buat test je. Perangai pelik tetap akan ada lah bila mengandung nie. Apa yang kita boleh selama nie akan jadi tak boleh, apa yang tak boleh tu, akan jadi boleh. Sungguh! Tapi aku suka masa pregnant. Especially baby 1st. Jalan berdua dengan suami, terkengkang-kengkang sambil usap perut. Si suami baik hati, romantik pimpin tangan isteri, sekali sekala usap perut, pegang pinggang. Nak makan apa je semua dapat. Korang masa nie lah nak ngidam bukan-bukan pun. Ngidam nak g Langkawi pun silap-silap tertunai tau! Paris tu, mungkin tak lah.. 

Aku seronok time pregnant walaupun dugaan banyak sangat masa tu. Saat-saat paling gembira bila tengok si kecik dalam perut, tengah hisap jarilah, macam-macam. Belum part dia dok 'menggeletek' perut korang lagi tau. Ish, I MISS THAT MOMENT LAH.. Tapi bila tengok  Amal Khalisah yang masih kecil dan perlukan perhatian sepenuhnya dari aku, terus hati rasa sayu. Pendamkanlah dulu hasrat nak tambah anak. Tunggu dia besar sikit. Dia pun belum ready nak jadi kakak.















2 comments:

Azizah a.k.a N.a.z said...

sronok dgr kwn2 prgnant
tp sy lum ada pluang lagi..
doakan sy...:)

mrs_zura said...

auwww...i nk pregnant juga..rindu ombak dalam perut time baby membuas:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...