Tuesday, February 1, 2011

No wonder la....tumpang simpati.

Rasanya macam baru je melangkah ke tahun 2011. Tup tup dah pun bulan Februari. Hari nie 1 Februari 2011, cuti Hari Wilayah. Patutlah sunyi je facebook dan blog. Tak ramai kawan-kawan yang online. Rata-rata bekerja di Wilayah. Ada juga yang dah mula cuti panjang. Nak raya kan tak lama lagi. Cerita pasal raya, aku tumpang simpati dengan mangsa banjir di Negeri Sembilan dan Johor. Kesian sangat. Tak lama lagi dan nak CNY, macamana lah keadaan diorang. Kalau hari raya bolehlah sambut ramai-ramai kat dewan kan, haruslah meriah walaupun dalam keadaan macam tu. Hmm, takpe lah. Ini semua ujian dan dugaan. Masa nie lah kita nak tengok siapa yang kita boleh 'tumpang' hidup dan siapa yang tak boleh di harap (politik olh politik). Mesti besar kerugian yang diorang alami. Rumah masuk air, perabot-perabot rosak, barangan elektrik dan kereta. Kalau lah aku di tempat diorang, macamana lah agaknya. Apa-apa pun, harta boleh cari, nyawa dan keselamatan ahli keluarga tu paling penting. Hilang sekali memang tak de pengganti dah. 




p/s : budak-budak time banjir nie lah suka sangat main air, dik oi..nie bukan sunway lagoon, banjir nie. kang hanyut.

2 comments:

sabree hussin said...

hari ni dah la cuti dekat kl, pastu ramai pulak yang sambung sampai ke raya cina.. lagi lama la nampaknya

karipapsayur said...

betol! bahaya banjir tuh..


p/s: utk buat sticky post, ko kena publish dlu entry tuh. Lepas da publish, ko klik "edit". Dekat belah kiri bwh tu ada "post option". Bahagian "post date and time". ko tukar kepada desired date and time yg ko nak dia stay sbg sticky post. Kendian, publish blk.

Kalo awal2 sblm ko publish ko dah adjust date and time situ, ia akan jadi schedule entry. x jd sticky post. Paham? ce try

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...