Sunday, February 20, 2011

Nasi kandar, nasi kandar... melekat

Ini cerita semalam, pekena nasi kandaq Pelita. Mak mertua belanja makan. Thanks mama! My FIL memang suka nasi kandar, esp kari kepala ikan. Biasanya kami makan di Sungei Wang je tapi semalam, memandangkan dah lewat, makanya my hubby suggest untuk makan di Pelita Nasi Kandar, berhampiran Ampang Point tu. My FIL pun tak pernah ke situ. Sekali sekala cuba something new pula kan. Suasana berbeza, menu pun banyak. Selesa sikit lah untuk makan keluarga, tak sesak sangat. Aku sejak kahwin nie lah, baru reti makan semua tu esp kari kepala ikan. Tengok my parents in law makan berselera je, senang hati aku.Ye lah, masing-masing dah uzur, ada kala selera makan pun dah drop. Sekali sekala makan macam nie memang membangkitkan selera, jangan kata mereka, anak menantu pun sama. 




p/s : sampai sekarang bau kari masih melekat biarpun tangan nie dah sabun banyak kali. penangan kari kepala ikan okeyh!

3 comments:

mykhalis said...

lama rasanya tak merasa nasi kandar..maklumla..tempat saye takde kedai makan mamak..hehe

Nava.K said...

If you have a chance, try Kayu Nasi Kandar.

...mommy jue... said...

mykhalis : takkan takde kot.. sekali sekala ubah selera memang sedap!

nava.k : sedap ke? nanti i try..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...