Monday, February 7, 2011

Nafsu besar boleh ke sini... layan steamboat

Korang suka makan steamboat? Aku suka.. jenis yang berkuah nie, sup ke tom yam kick. Memang layan. Makan tak toleh kiri kanan. Hari tu mak mertua aku belanja makan kat sini. Kiranya dah 2 kali lah aku melantak kat tempat nie. Baru-baru nie makan sekali dengan family aku dan mertua. Kebetulan mama aku ada kat sini. Orang pun tak ramai. Tak de lah sesak sangat. 



Macam-macam ada, seafood segala bagai ada. Dari kerang, ketam, lala, kepah, lokan, siput buluh semua ada.. Banyaklah. Makan lah sebanyak mana yang korang nak makan. Nak duduk berjam-jam lamanya (hok jenis tak puas makan macam aku nieh) pun boleh.

Kalau nak makan benda-benda berkuah macam nie, jangan nak selang-selang makan dan minum pulak. Kenyang air je korang nanti. Rugi. Makan pelan-pelan. Jangan gelojoh. Sup aku tak sentuh, aku dok layan tom yam je. Sedap weh! Anak aku, bagi makan nasi goreng, tauhu dan aiskrim. Mee pun ada. Haku kalau benda macam nie memang tak pernah puas! Mujur dah kahwin, kalau makan kat sini masa belum kahwin, confirm tak jadi buat bini! Buruk lantak pompuan nieh... ngeh3..


p/s : balik rumah tekak terasa nak makan steamboat lagi. Esoknya bantai buat sendiri. Periuk nasi jadi mangsa. Ketam, sotong, segala macam haku campak je dalam tu. Sampai masa makan. Tu pun tak puas lagi.... hadoi. makan tak baca bismillah hape..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...