Wednesday, February 9, 2011

Melalak sekali sekala....

Bila bosan kat rumah nie, dah tak tau nak buat apa, nak update blog tengah tak ada idea, makanya ambil headfon dengar lagu. Layan lah lagu yang aku ambil dari pendrive adik aku. Tengah dok layan macam-macam lagu, dari dangdut sampailah sewang, semua ada lah. Nasyid pun sama. Tuptup keluar lagu UMNO. Haiseyman, patriotik sungguh adik aku nieh. Aku layan kan jugak. Sekali sekala. Si kecik nie pandai pula, bila lagu slow takde kisah nak goyang-goyang. Bila lagu dangdut, pandai pula dia dok goyang-goyang montot. Tang lagu sewang (read : lagu hiphop ler) dia dok angkat-angkat tangan. Hadoi anak aku. Lagu camnie yang ko layan. Aku nie jahat jugak kadang-kadang, tengah syok dia main, tengok tv ke, aku sibuk baca bismillah kuat-kuat, dia yang dengar nie cepat-cepat tadah tangan dan aminkan. Nasib kau lah nakkk, mommy tak ada sape nak buli. Kau je lah yang jadi mangsa mommy... Cepat-cepat besar dan pandai cakap yek, boleh perang mulut dengan mommy. Okeyh girl!






p/s : siapa nak belanja saya karoks? saya teringin..... sobsob

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...